Iklan

Badan pelajar UM sedia cabar undang-undang garis panduan konsert di kampus

Noel Achariama year ago1st Sep 2023Berita
49933372371 b19f897497 b
Menteri Pendidikan Tinggi Mohamed Khaled Nordin berkata garis panduan mengenai konsert di kampus universiti masih menunggu kelulusan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 1 September, 2023.
Iklan

PERSATUAN Belia Baru Universiti Malaya (Umany) menggesa Kementerian Pendidikan Tinggi menarik balik garis panduan mengenai konsert di kampus universiti atau mereka mungkin memulakan semakan kehakiman.

Presiden Umany, Ten Kang Yeaw berkata mereka menerima satu salinan garis panduan daripada jabatan hal ehwal pelajar semalam.

“Kami melihat berita yang dilaporkan oleh China Press. Jadi, kami kemudian bertanya kepada jabatan itu dan mereka memberi kami satu salinan.

“Jadi, kami percaya garis panduan itu sudah ada (untuk universiti),” katanya kepada The Malaysian Insight.

Awal hari ini, Menteri Pendidikan Tinggi Mohamed Khaled Nordin berkata garis panduan mengenai konsert di kampus universiti masih menunggu kelulusan.

Beliau memberitahu Malaysiakini garis panduan yang dicadangkan itu belum diserahkan kepadanya untuk kelulusan.

“Belum diluluskan lagi,” katanya.

Di bawah garis panduan yang dicadangkan, penonton konsert dikehendaki mematuhi kod pakaian yang sederhana, yang melarang pemakaian pakaian yang menampilkan simbol Illuminati, pro-LGBT atau lucah, serta gaya rambut “punk”.

Ia juga berkata, artis dilarang daripada berpakaian menjolok mata atau memakai pakaian yang lazim bagi jantina bertentangan, contohnya, penghibur lelaki dilarang memakai anting-anting, gelang dan seluar pendek.

Ten berkata, mereka sedang merangka memorandum yang akan diedarkan kepada semua universiti. – 1 September, 2023.

Berita penuh di sini.

Iklan
Iklan