Iklan

Tanggungjawab AGC perjelas sebab Zahid lepas tanpa bebas, kata peguam

Noel Achariama year ago4th Sep 2023Berita
mohamed haniff khatri abdulla tmipic 4/1/2021
Peguam Haniff Khatri Abdulla berkata adalah menjadi tanggungjawab AGC untuk perjelas sebab Ahmad Zahid Hamidi mendapat pelepasan tanpa bebas dalam kes rasuahnya. – Gambar fail The Malaysian Insight, 4 September, 2023.
Iklan

ADALAH menjadi tanggungjawab Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk menjelaskan kepada orang ramai mengapa Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi mendapat pelepasan tidak berjumlah pembebasan (DNAA) dalam kes rasuahnya, kata peguam Haniff Khatri Abdulla.

Beliau berkata mahkamah membenarkan pembebasan Zahid kerana ia diminta oleh peguam negara.

Haniff berkata pada 24 Januari tahun lepas keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Collin Lawrence Sequerah ialah Zahid membela diri atas kesemua 47 pertuduhan penyelewengan dana daripada sebuah pertubuhan kebajikan.

“Adalah menyedihkan kerana dalam sifat dan keadaan, pihak pendakwaan memutuskan untuk menggugurkan pertuduhan.

“Mahkamah sebelum ini memutuskan mereka mempunyai kes prima facie (untuk Zahid) untuk membela diri.

“Jadi Peguam Negara perlu menjelaskan mengapa pertuduhan digugurkan?” Haniff memberitahu The Malaysian Insight.

Awal hari ini mahkamah memutuskan untuk melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) Ahmad Zahid daripada semua 47 pertuduhandalam kes rasuahnya. Sequerah membuat keputusan itu selepas mendengar hujahan pihak pendakwaan.

Beliau berkata keputusan itu dibuat bagi membolehkan siasatan lanjut oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Dilaporkan perbezaan antara pelepasan berjumlah pembebasan (DAA) dan DNAA ialah dengan yang pertama, kes itu telah berakhir.

Bagaimanapun dengan DNAA pihak pendakwaan boleh memutuskan untuk memfailkan pertuduhan baharu atas fakta yang sama seperti sebelum ini.

Pihak pendakwaan kemudian boleh meminta mahkamah menetapkan tarikh baharu untuk mendakwa Zahid atas pertuduhan baharu itu.

Ketua pasukan pendakwaan Mohd Dusuki Mokhtar berkata permohonan DNAA dibuat mengikut Seksyen 254 Kanun Tatacara Jenayah.

Beliau turut mengemukakan 11 alasan permohonan itu termasuk memberi peluang kepada SPRM menjalankan siasatan terperinci terhadap keterangan pembelaan 15 saksi termasuk tertuduh. – 4 September, 2023.

Berita penuh di sini.

Iklan
Iklan