Iklan

Polis buru sami warga asing suspek utama kes rogol

Alfian Z.M. Tahira year ago24th Sep 2023Berita
Bm-jenayah-cover pic baru 22021 (1)
Iklan

POLIS sedang memburu seorang lelaki warga India untuk membantu siasatan satu kes rogol melibatkan seorang wanita warga tempatan di Puchong.

Pemangku Ketua Polis Daerah Serdang Izuddin Ab Wahab dalam kenyataan berkata satu laporan polis dibuat mangsa pada Ogos lepas.

“Kes sedang disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan maksimum 10 sebatan, jika sabit bersalah.

“Kami sudah mengambil keterangan daripada mangsa dan sedang mencari saksi untuk membantu kes.

“Kami juga sedang mengesan suspek utama kes tersebut,” kata Izuddin.

Dalam laporan polis dilihat The Malaysian Insight, mangsa telah bertemu suspek, seorang sami di Setia Walk, Puchong sebelum dijemput menghadiri sambutan hari lahir salah seorang pengikutnya.

Sami tersebut bagaimanapun melakukan serangan seksual kepada mangsa dengan meletakkan tangan mangsa di kemaluannya.

Mangsa yang ketakutan kemudiannya meminta diri dan kembali ke keretanya sebelum diserang lelaki tersebut yang merogolnya.

Juga dipercayai sami tersebut melanggar visanya dengan menetap melebihi tempoh dibenarkan di Malaysia. – 24 September, 2023.

Iklan
Iklan