Iklan

Kualiti udara bertambah baik, hanya 5 kawasan rekod IPU tidak sihat

Alfian Z.M. Tahira year ago3rd Oct 2023Berita
Haze  afif oct 02 01
Kualiti udara di seluruh negara bertambah baik setakat 9 pagi, dengan hanya lima kawasan merekodkan bacaan IPU tidak sihat. – Gambar fail The Malaysian Insight, 3 Oktober, 2023.
Iklan

KUALITI udara di seluruh negara bertambah baik dengan hanya lima kawasan merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 9 pagi.

Nilai mencatat bacaan IPU tertinggi iaitu 156, diikuti Cheras dengan bacaan 154, menurut data terkini di laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS).

Bacaan IPU tidak sihat juga direkodkan di Seremban iaitu 142, manakala Banting di Selangor (119) dan Petaling Jaya (109).

Bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas sebagai berbahaya.

Setakat 9 pagi, 60 kawasan di seluruh negara merekodkan IPU tahap sederhana. – 3 Oktober, 2023.

Iklan
Iklan