Iklan

Abang Jo nafi Sarawak akan ambil alih MYAirline

Desmond Davidsona year ago12th Oct 2023Berita
Abg jo - taiyo yuden - oct 12, 2023 (1)  full
Premier Sarawak Abang Johari Openg nafi kerajaan negeri menerusi anak lelakinya akan ambil alih syarikat MYAirline. – Gambar The Malaysian Insight, 12 Oktober, 2023.
Iklan

PREMIER Sarawak Abang Johari Openg menafikan berita yang melaporkan negeri itu, menerusi anak lelakinya, Abang Abdillah Izzarim akan mengambil alih syarikat penerbangan kos rendah yang sedang mengalami masalah kewangan, MYAirline yang menghentikan operasinya hari ini.

Abang Johari berkata kerajaan negeri itu hanya berminat untuk mengambil alih MasWings.

Beliau berkata ketika ditemui selepas perasmian bangunan kilang Taiyo Yuden Sarawak Sdn Bhd di zon perindustrian bebas Sama Jaya di Kuching.

Beliau berkata spekulasi tentang pengambilalihan MYAirline bermula apabila anaknya dan beberapa rakannya menghadiri satu “dialog” di Kuala Lumpur.

Dilaporkan, Abang Abdillah, 45, yang juga pengarah Cempaka Helicopter Corp Sdn Bhd, menghadiri mesyuarat bersama wakil MYAirline pada 9 Oktober.

Turut dilaporkan majorit saham dalam MYAirline, yang memulakan penerbangan pertamanya pada Disember lalu ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, dimiliki usahawan Goh Hwan Hua kemungkinan besar akan dijual kepada Abang Abdillah.

MYAirline awal pagi tadi mengumumkan ia menghentikan operasinya buat masa ini. – 12 Oktober, 2023.

Iklan
Iklan