Iklan

PAS calonkan MB Terengganu pertahan kerusi Parlimen Kemaman

Diyana Ibrahima year ago16th Nov 2023Berita
Samsuri2
Menteri Besar Terengganu Ahmad Samsuri Mokhtar dinamakan sebagai calon PAS pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Kemaman. – Gambar fail The Malaysian Insight, 16 November, 2023.
Iklan

PAS menamakan Menteri Besar Terengganu Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman.

Perkara itu diumumkan Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man dalam majlis pengisytiharan calon parti itu.

Ahmad Samsuri yang juga naib presiden PAS itu akan berdepan calon Barisan Nasional (BN) Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor.

Sebelum ini nama Ahmad Samsuri disebut antara calon mewakili PAS selepas parti Islam itu tidak membuat rayuan berhubung keputusan petisyen di mahkamah yang membatalkan kemenangannya di kerusi Parlimen Kemaman pada Pilihan Raya Umum ke PRU15.

Menurut laporan media nama Samsuri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rhu Rendang dicadangkan pucuk pimpinan parti untuk menambah kekuatan suara pembangkang di Parlimen.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian pada 2 Disember manakala penamaan calon pada Sabtu. Pengundian awal telah ditetapkan pada 28 November.

Pada pilihan raya umum November lalu, PAS memenangi kesemua lapan kerusi Parlimen, manakala dalam pilihan raya negeri pada Ogos, ia memenangi kesemua 32 kerusi Dewan Undangan Negeri. – 16 November, 2023.

Iklan
Iklan