Johari, Dzulkefly, Gobind kembali sebagai menteri
Iklan
PERDANA Menteri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan Johari Abdul Ghani daripada Umno dilantik sebagai menteri perladangan dan komoditi manakala Dzulkefly Ahmad daripada Amanah kembali sebagai menteri kesihatan.
Johari adalah bekas menteri kewangan II dan Dzulkefly adalah bekas menteri kesihatan dalam kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini..
Anwar juga mengumumkan pelantikan ketua pegawai eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Amir Hamzah Azizan sebagai menteri kewangan II, manakala Gobind Singh Deo daripada DAP dilantik sebagai menteri digital, sebuah kementerian baharu yang diwujudkan daripada pecahan Kementerian Komunikasi dan Digital.
Menterinya Fahmi Fadzil kini menjadi menteri komunikasi.
Dalam Kabinet Anwar yang dirombak kini terdapat 31 menteri dan 29 timbalan menteri.
Sebelum ini, Kabinet dianggotai 28 menteri dibantu 27 timbalan menteri.
Anwar juga mengumumkan Naib Presiden Umno Khaled Nordin dilantik sebagai menteri pertahanan baharu mengambil alih jawatan Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan yang kini akan berkhidmat sebagai menteri luar.
Zambry Abdul Kadir, yang sebelum ini berkhidmat sebagai menteri luar diberikan portfolio pendidikan tinggi.
Bagi kementerian pembangunan keluarga dan masyarakat, Ketua Wanita Umno Noraini Ahmad menjadi timbalan baharu yang mengambil alih jawatan Aiman Athirah Sabu, yang ditukarkan ke Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan.
V Sivakumar daripada DAP, yang merupakan menteri sumber manusia, adalah satu-satunya menteri Kabinet yang digugurkan dalam rombakan ini.
Beliau digantikan ahli partinya, Steven Sim, yang dinaikkan pangkat daripada timbalan menteri kewangan kepada menteri sumber manusia.
Dua timbalan menteri turut digugurkan - Ramkarpal Singh, yang merupakan timbalan menteri undang-undang dan pembaharuan institusi dan Ahli Parlimen Beaufort Siti Aminah yang merupakan timbalan menteri perladangan dan komoditi.
Ram Karpal digantikan oleh Ahli Parlimen Ipoh Barat M Kulasegaran, manakala jawatan Siti Aminah diambil alih Chan Foong Hin. Chan, yang merupakan timbalan menteri pertanian dan keterjaminan makanan sebelum ini.
Muka baharu dalam barisan Kabinet ialah R Ramanan dan ahli Parlimen kali pertama yang dilantik sebagai timbalan menteri Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.
Senarai baharu anggota Kabinet adalah seperti berikut:
Perdana Menteri - Anwar Ibrahim
Timbalan - Ahmad Zahid Hamidi/Fadillah Yusof
Menteri Kewangan - Anwar Ibrahim
Menteri Kewangan II - Amir Hamzah Azizan
Timbalan - Lim Hui Ying
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah - Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan- Rubiah Wang
Menteri Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam - Fadillah Yusof
Timbalan - Akmal Nasir
Menteri Hal Ehwal Sabah dan Sarawak - Fadillah Yusof
Menteri Pengangkutan - Loke Siew Fook
Timbalan - Hasbi Habibollah
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Mohamad Sabu
Timbalan - Arthur Joseph Kurup
Menteri Hal Ehwal Ekonomi - Rafizi Ramli
Timbalan - Hanifah Hajar Taib
Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan - Nga Kor Ming
Timbalan - Aiman Athirah Sabu
Menteri Luar Negeri -Mohamad Hasan
Timbalan - Mohamad Alamin
Menteri Kerja Raya - Nanta Linggi
Timbalan - Ahmad Maslan
Menteri Dalam Negeri - Saifuddin Nasution Ismail
Timbalan - Shamsul Anuar Nasarah
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Tengku Zafrul Aziz
Timbalan - Liew Chin Tong
Menteri Pertahanan - Khaled Nordin
Timbalan - Adly Zahari
Menteri Sains, Inovasi dan Teknologi - Chang Lih Kang
Timbalan - Yusof Apdal
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Nancy Shukri
Timbalan - Noraini Ahmad
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam - Nik Nazmi Nik Ahmad
Timbalan - Huang Tiong Sii
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Ewon Benedick
Timbalan - R Ramanan
Menteri Pengajian Tinggi - Zambry Abdul Kadir
Timbalan - Mustapha Sakmud
Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan - Tiong King Sing
Timbalan - Khairul Firdaus Akhbar Khan
Menteri Komunikasi - Fahmi Fadzil
Timbalan - Teo Nie Ching
Menteri Pendidikan - Fadhlina Sidek
Timbalan - Wong Kah Woh
Menteri Perpaduan - Aaron Ago Dagang
Timbalan - K Saraswathy
Menteri Belia dan Sukan - Hannah Yeoh
Timbalan - Adam Adli
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Armizan Ali
Timbalan - Fuziah Salleh
Menteri Perladangan dan Komoditi - Johari Abdul Ghani
Timbalan - Chan Foong Hin
Menteri Kesihatan - Dzulkefly Ahmad
Timbalan - Lukanisman Awang Sauni
Menteri Digital - Gobind Singh Deo
Timbalan - Wilson Ugak Kumbong
Menteri Sumber Manusia - Steven Sim
Timbalan - Abdul Rahman Mohamad
Jabatan Perdana Menteri
Menteri Undang-undang dan Reformasi Institusi - Azalina Othman Said
Timbalan - M Kula Segaran
Menteri Hal Ehwal Agama - Na’im Mokhtar
Timbalan - Zulkifli Hassan
Menteri Wilayah Persekutuan - Dr Zaliha Mustafa – 12 Disember, 2023.