Iklan

‘Sun hat’ milik kaum Badeng di Britain akan kembali ke Sarawak

Desmond Davidson10 months ago17th Dec 2023Berita
Kenyah badeng sun hat to be returned to sarawak museum  full
Sebuah muzium di UK dijangka memulangkan semula 'sun hat' yang dirampas dari kaum Badeng di Sarawak. – Gambar pittrivers-object.blogspot.com , 17 Disember, 2023.
Iklan

ARTIFAK ‘sun hat’ yang dianggarkan berusia 128 tahun dilaporkan dirampas kerajaan Rajah dari kaum Kenyah Badeng kerana kegagalan mereka membayar cukai akan kembali ke Sarawak dan dipamerkan di Muzium Kebudayaan Borneo, Kuching

‘Sun hat’ itu yang sangat serupa dengan terendak Melayu-Melanau, dipercayai milik sebuah keluarga bangsawan, rampasan itu seterusnya merendahkan taraf mereka, kata Dora Jok, ketua Bahagian Pengurusan Koleksi, Jabatan Muzium Sarawak kepada The Malaysian Insight.

Ia adalah salah satu daripada enam artifak yang dirampas dari kaum Badeng (sebelum itu dikenali sebagai Madang) di Usun Apau, Baram pada 1895 atau 1896, tambah Jok.

‘Sun hat’ itu dibawa ke England pada 1905 oleh rajah kedua, Charles Brooke, untuk dipamerkan di Chesterton House Museum di Gloucester yang dibinanya.

Ia “hilang” apabila muzium itu ditutup selepas kematiannya pada 1918.

“Kebanyakan koleksi muzium itu didermakan kepada institusi lain di UK,” jelas Jok.

‘Sun hat’ itu kemudiannya ditemui semula di Pitt-Rivers Museum di Oxford.

Jok berkata topi itu berjaya dikenalpasti sebagai “koleksi hilang” oleh Muzium Sarawak kerana “kami berjaya membuktikan ia milik kita”. – 17 Disember, 2023.

Berita penuh di sini

Iklan
Iklan