Iklan

Shell bakal jual stesen minyak Malaysia kepada Saudi Aramco, kata laporan

13 days ago6th May 2024Berita
ShellNigeria231222
Shell dilaporkan sedang berbincang dengan Saudi Aramco milik kerajaan Arab Saudi untuk menjual perniagaan stesen minyaknya di Malaysia. – Gambar EPA, 6 Mei, 2024.
Iklan

SHELL dilaporkan sedang berbincang dengan Saudi Aramco milik kerajaan Arab Saudi untuk menjual perniagaan stesen minyaknya di Malaysia, lapor Reuters.

Sumber berkata rundingan bermula pada akhir 2023 dan perjanjian mungkin dimuktamadkan dalam beberapa bulan akan datang.

Mereka juga menambat perjanjian itu pada kira-kira empat hingga lima bilion ringgit.

Dengan sekitar 950 stesen di seluruh Malaysia, Shell mempunyai rangkaian runcit bahan api kedua terbesar di negara ini selepas Petronas.

Reuters menghubungi Shell yang enggan mengulas mengenai rundingan itu tetapi berkata Malaysia adalah negara penting kepada syarikat itu.

Saudi Aramco ketika dihubungi juga enggan mengulas lanjut, menurut laporan itu.

Sebagai tambahan kepada stesen minyaknya, menurut laporan itu, Shell menjual pelincir industri, mengeluarkan minyak mentah dan gas asli di luar pesisir negeri Sarawak dan Sabah serta merupakan rakan usaha sama dalam dua usaha niaga gas asli cecair (LNG).

Menurut laporan itu, penjualan rangkaian runcit itu adalah sebahagian daripada usaha Ketua Pegawai Eksekutif Wael Sawan untuk memfokuskan operasi syarikat kepada perniagaan yang paling menguntungkan.

Menurut laporan Shell berkata ia akan berusaha untuk melepaskan 500 stesen minyak tahun ini dan seterusnya.

Shell juga sedang dalam proses menjual kilang penapisan dan petrokimia Singapura. – 6 Mei, 2024.

Iklan
Iklan