Iklan

Polis siapkan fotofit suspek serangan asid

Alfian Z.M. Tahir6 months ago11th May 2024Berita
Kpn razarudin husain
KPN Razarudin Husain berkata fotofit suspek simbah asid dalam insiden membabitkan pemain bola sepak negara Faisal Halim, sedang disiapkan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 11 Mei, 2024.
Iklan

POLIS dalam proses menyiapkan fotofit suspek yang menyimbah asid ke arah pemain bola sepak negara Faisal Halim, kata Ketua Polis Negara (KPN) Razarudin Husain.

Beliau berkata polis juga akan menghantar kesan cap jari yang diambil dari tempat kejadian untuk dianalisa.

“Buat masa ini JSJ diketuali Mohd Shuhaily Mohd Zain akan menyiapkan fotofit dan dari situ kita akan dapat mengumpulkan lebih banyak makluma,” katanya kepada wartawan selepas menghadiri program Hari Autisme di Pulapol hari ini.

Katanya, lebih 12 individu dipanggil memberi keterangan berkaitan kes itu, termasuk ahli keluarga Faisal, doktor dan lain-lain.

Faisal yang bermain untuk Selangor mengalami kecedaraan dalam serangan asid itu di sebuah pusat beli-belah di Kota Damansara pada 5 Mei.

Motif serangan masih disiasat.

Imej menunjukkan kecederaannya tular di media sosial.

Beberapa sebelum Faisal diserang, rakan sepasukannya Harimau Malaya iaitu Akhyar Rashid dirompak di Kuala Terengganu dan mengalami kecederaan.

Pada 7 Mei, bekas kapten pasukan bola sepak negara Safiq Rahim nyaris cedera apabila dua lelaki memecahkan cermin keretanya dalam satu insiden di Johor Bahru.

Pemain JDT itu mendedahkan insiden berkenaan menerusi media sosialnya dan membuat laporan polis.

Polis masih menyiasat sama ada ketiga-tiga kes itu saling berkait. – 11 Mei, 2024.

Iklan
Iklan