Iklan

Pelajar UiTM bantah buka kemasukan kepada bukan Bumiputera

Noel Achariam5 months ago15th May 2024Berita
Uitm fb
Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) menggesa pelajar memakai pakaian hitam esok dalam kempen #MahasiswaUiTMBantah. – Gambar Facebook, 15 Mei, 2024.
Iklan

PERSATUAN pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) membantah sekeras-kerasnya sebarang cadangan membuka kemasukan kepada pelajar bukan Bumiputera walaupun cadangan itu hanya membuka program pascasiswazah pembedahan kardiotoraks.

Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM menggesa pelajar memakai pakaian hitam esok dalam kempen #MahasiswaUiTMBantah dan menggunakan hashtag di platform media sosial.

MPP dalam satu kenyataan hari ini berkata objektif penubuhan Uitm adalah untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu, Orang Asli, dan anak negeri Sabah dan Sarawak.

Ini kata mereka, bagi memastikan pelajar Bumiputera berpendapatan rendah mendapat akses kepada pendidikan tinggi, memetik Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

“MPP UiTM percaya universiti ini adalah institusi pendidikan Bumiputera yang dilindungi sehingga kini.

“Kami menggesa UiTM mengekalkan objektif asal penubuhannya, iaitu melindungi dan membangunkan pelajar Bumiputera.”

Kempen itu bertentangan dengan cadangan Prof Dr Raja Amin Raja Mokhtar – yang menganggotai Lembaga Pengajian program pascasiswazah pembedahan kardiotoraks UiTM-IJN – untuk membuka program itu secara  “sementara” kepada bukan Bumiputera sebagai penyelesaian kepada masalah Majlis Perubatan Malaysia (MMC) tidak mengiktiraf laluan selari pembedahan kardiotoraks Malaysia dengan Royal College of Surgeons of Edinburgh (RCSEd).

Dr Raja Amin berkata, membuka program pembedahan kardiotoraks kepada bukan Bumiputera hanya untuk tempoh sementara, sementara menunggu penubuhan program serupa oleh Universiti Malaya. – 15 Mei, 2024.

Iklan
Iklan