Iklan

Gerakan boikot kecam vandalisme kedai makanan segera

Alfian Z.M. Tahir5 months ago2nd Jun 2024Berita
Vandalise
Salah satu premis makanan segera yang berdepan tindakan vandalisme daripada pihak yang tidak bertanggungjawab. – Gambar Facebook, 2 Jun, 2024.
Iklan

BOYCOTT Divestment and Sanction (BDS) Malaysia mengecam tindakan vandalisme ke atas restoran makanan segera di Selangor, melabelkan tindakan itu sebagai “sesat dan jenayah”.

BDS, sebuah gerakan yang menyokong boikot terhadap kepentingan Israel, berkata bahawa ia tidak membenarkan keganasan.

“Tiada keperluan untuk tindakan jenayah bagi meraih sokongan orang ramai dalam memperjuangkan kebebasan Palestin.

“Emosi tegang yang disebabkan oleh pembunuhan beramai-ramai yang berterusan (di Gaza) harus dizahirkan melalui tindakan kreatif dan sah yang akan memajukan perjuangan Palestin untuk kebebasan dan keadilan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini

BDS menegaskan rakyat Malaysia digalakkan untuk menggunakan hak perlembagaan mereka memboikot syarikat dan jenama yang disenaraikan dalam senarai boikot rasmi BDS.

Tujuh kes vandalisme melibatkan restoran makanan segera dilaporkan baru-baru ini dengan grafiti berkaitan boikot dikaitkan dengan konflik Palestin-Israel.

Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan berkata kejadian ini berlaku di negeri itu antara 28 dan 31 Mei.

Empat kes di Sungai Buloh, dua di Petaling Jaya, dan satu di Kajang, di mana bendera Israel turut ditampal di premis itu.

Dalam satu kenyataan semalam, pengarah urusan McDonald’s Azmir Jaafar berkata perbuatan vandalisme pada papan tanda, papan iklan dan di kebanyakan restorannya di seluruh negara telah “meningkat dari segi kekerapan dan keterukan”.

Azmir berkata tindakan ini menyebabkan kemudaratan dan kesusahan yang ketara kepada kakitangan mereka dan juga masyarakat sekeliling.

Menurutnya beliau menghormati hak untuk menyuarakan pandangan tetapi menggesa semua orang supaya mengelak daripada merosakkan harta benda. – 2 Jun, 2024.

Iklan
Iklan