Iklan

Peguam Mahmud Jumaat masih mewakili ibu Zayn Rayyan

Alfian Z.M. Tahir5 months ago11th Jun 2024Berita
Zayn Rayyan Abdul Matiin
Pada 6 Disember tahun lalu Zayn ditemui mati di sungai berhampiran Pangsapuri Idaman di Damansara Damai. – Gambar Facebook, 11 Jun, 2024.
Iklan

PEGUAM Mahmud Abdul Jumaat berkata beliau masih mewakili ibu Zayn Rayyan Abdul Matiin yang direman kerana didakwa terlibat dalam pembunuhan anak autisme.

Menerusi Facebook Mahmud berkata kesinambungan itu berdasarkan pertimbangan yang dibuat selepas bertemu keluarga itu.

Menurutnya pada 31 Mei lalu beliau menerima panggilan daripada keluarga sebelah bapa Zayn Rayyan pada jam 11 malam selepas pasangan itu (Zaim dan Isma) ditahan dan sepatutnya dihadapkan di Mahkamah Petaling Jaya untuk permohonan reman keesokan harinya.

“Saya ingin tekankan bahawa, ini bukan inisiatif NGO (pertuduhan bukan kerajaan) tetapi inisiatif keluarga bapa Zayn Rayyan sendiri, namun entah dari mana pula cerita itu timbul.

“Menyentuh isu surat perlantikan rasmi, saya dengan niat yang suci, ingin membantu kerana dalam hati ini terdetik rasa kasihan, sudahlah kehilangan anak, sekarang direman menjadi OYDS (orang yang disyaki) pula, sungguh besar dugaan mereka,” katanya.

Pada 4 Jun lalu Mahmud dari firma dari Tetuan Emir Mahmud & Co mengesahkan beliau tidak lagi mewakili pasangan itu.

Katanya, keputusan tidak mewakili kepada kedua ibu bapa Zayn Rayyan dibuat di atas faktor-faktor tertentu.

Pada petang sama, bekas timbalan pendakwa raya Fahmi Abd Moin mengesahkan pelantikannya mewakili pasangan itu.

Jumaat lalu, bapa kepada suspek lelaki, Zahari Mohd Reba, 56, memaklumkan pelantikan Mahmud adalah atas inisiatif NGO.

Pada 6 Disember tahun lalu Zayn ditemui mati di sungai berhampiran Pangsapuri Idaman di Damansara Damai.

Mayat kanak-kanak berusia 6 tahun ditemui sekumpulan penduduk kira-kira 200m dari blok kediamannya selepas dia dilaporkan hilang. – 11 Jun, 2024.

Iklan
Iklan