Iklan

PRK Nenggiri 17 Ogos depan, kata SPR

Alfian Z.M. Tahir4 months ago28th Jun 2024Berita
49975046966 cd5692454c b
SPR menetapkan 17 Ogos depan untuk PRK kerusi DUN Nenggiri di Kelantan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 28 Jun, 2024.
Iklan

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) menetapkan 17 Ogos depan untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi DUN Nenggiri di Kelantan.

Dalam sidang media Pengerusi SPR Ramlan Harun berkata hari penamaan calon akan diadakan pada 3 Ogos manakala pengundian awal ditetapkan pada 13 Ogos.

Kerusi itu diisytiharkan kosong oleh speaker DUN Amar Abdullah pada 19 Jun selepas dimaklumkan ADUNnya Azizi Abu Naim tidak lagi menjadi ahli Bersatu.

Azizi dipecat daripada Bersatu selepas beliau gagal mengisytiharkan kesetiaannya kepada parti dengan menyokong Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Azizi sejak itu memfailkan saman untuk mencabar pemecatannya serta kekosongan kerusi DUN Nenggiri.

Permohonannya untuk mendapatkan injunksi sementara untuk menghentikan PRK itu dinafikan oleh Mahkamah Tinggi semalam.

Azizi dipilih sebagai Adun Nenggiri pada pilihan raya negeri Ogos tahun lalu.

Beliau menewaskan Ab Aziz Yusoff dari Umno, bekas Adun Nenggir dengan majoriti 810 undi, menandakan kali pertama Barisan Nasional kehilangan kerusi itu sejak penubuhannya pada 2004. – 28 Jun, 2024.

Iklan
Iklan