Iklan

KPN nafi rombakan dalam pasukan polis

Alfian Z.M. Tahir3 months ago6th Aug 2024Berita
Igp razarudin husain tmi 01
KPN Razarudin Husain nafi laporan mendakwa akan berlaku rombakan dalam kalangan pegawai tertinggi pasukan polis. – Gambar fail The Malaysian Insight, 6 Ogos, 2024.
Iklan

BUKIT Aman menafikan laporan disiarkan satu portal berita mendakwa akan berlaku rombakan besar-besaran dalam kalangan pegawai tertinggi di ibu pejabat polis itu dengan sebahagian akan ditukar keluar.

Ketua Polis Negara (KPN) Razarudin Husain berkata laporan itu adalah “berita palsu” dan menggesa orang ramai hanya merujuk kepada sumber rasmi berkaitan perkara membabitkan pasukan keselamatan negara.

“Polis tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berkaitan perkara itu dan kami sudah menghubungi portal berita berkenaan untuk mendapatkan penjelasan.

“Namun mereka enggan mendedahkan identiti sumber yang dinyatakan dalam laporan berita itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, dilaporkan antara pegawai yang terlibat dalam rombakan itu ialah Timbalan Ketua Polis Negara Ayob Khan Mydin Pitchay dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Mohd Shuhaily Mohd Zain.

Memetik sumber, portal berita itu juga memetik kedua-dua pegawai kanan itu dikaitkan dengan pertukaran ke Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) sebagai ketua pengarah.

Jawatan tertinggi kedua-dua agensi itu kosong sejak April. – 6 Ogos, 2024.

Iklan
Iklan