Iklan

Malaysia tanding kerusi Lembaga Eksekutif Unesco, kata Fadhlina

Alfian Z.M. Tahir2 months ago1st Sep 2024Berita
Fadhlina sidek (2)
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata Malaysia akan bertanding kerusi dalam Lembaga Eksekutif Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Unesco bagi penggal 2025-2029. – Gambar fail The Malaysian Insight, 1 September, 2024.
Iklan

MALAYSIA akan bertanding kerusi dalam Lembaga Eksekutif Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) bagi penggal 2025-2029.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata beliau akan mengumumkan secara rasmi pencalonan Malaysia semasa pertemuan dengan Timbalan Pengarah Jeneral Unesco Xing Qu di Paris, Perancis minggu depan.

Fadhlina yang juga Suruhanjaya Kebangsaan Unesco Malaysia (MNCU) dijadualkan mengetuai delegasi Malaysia untuk menghadiri Minggu Pembelajaran Digital 2024 di ibu pejabat Unesco di Paris dari esok hingga 4 September.

“Malaysia bersedia untuk bersaing bagi mendapatkan tempat di lembaga tersebut bagi melaksanakan misi pertumbuhan negara yang inklusif, melindungi alam sekitar, dan mempromosikan keadilan sosial, berdasarkan prinsip ‘build forward differently’ (BFD),” katanya.

Beliau menambah Malaysia juga komited untuk melaksanakan beberapa langkah penting bagi merealisasikan objektif BFD melalui Unesco.

Langkah-langkah strategik ini boleh memberikan sumbangan yang signifikan kepada kesan kelestarian, inklusiviti, penciptaan peluang dan keamanan global, tambahnya. – 1 September 2024.

Iklan
Iklan