Iklan

Pakatan disaran selesai isu produktiviti sebelum seratakan gaji minimum

Melati A. Jalil6 years ago28th May 2018Berita
Putrajaya civil servants
Pengarah eksekutifnya Shamsuddin Bardan berkata kerajaan Pakatan Harapan yang baharu berjanji untuk menyamaratakan gaji minimum kebangsaan dalam 100 hari pentadbiran harus mengambil kira beban yang ditanggung peniagaan, khususnya di Sabah dan Sarawak. – Gambar fail The Malaysian Insight, 28 Mei, 2018.
Iklan

ISU produktiviti pekerja bawahan harus ditangani terlebih dahulu sebelum penetapan gaji minimum dapat dilaksanakan di seluruh negara, kata Persatuan Majikan-majikan Malaysia (MEF).

Pengarah eksekutifnya Shamsuddin Bardan berkata kerajaan Pakatan Harapan yang baharu berjanji untuk menyamaratakan gaji minimum kebangsaan dalam 100 hari pentadbiran harus mengambil kira beban yang ditanggung peniaga, khususnya di Sabah dan Sarawak.

“Kita harus bersikap realistik dengan sebab di sebalik perbezaan (gaji).

“Sehingga dan kecuali produktiviti yang rendah diatasi di Sabah dan Sarawak, saya fikir kita tidak akan dapat melaksanakan kadar upa yang sama,” katanya.

Manifesto pilihan raya PH berjanji untuk menyamaratakan dan memulakan proses meningkatkan gaji minimum bulanan dalam 100 hari pentadbirannya. Gabungan itu berjanji untuk meningkatkan gaji kepada RM1,500 dalam tempoh lima tahun pentadbiran dan menyemak kadar tersebut dua tahun sekali.

Gaji minimum sekarang di Semenangjung Malaysia adalah RM1,000 manakala RM920 di Malaysia Timur.

Gaji di Sabah dan Sarawak lebih rendah kerana tahap produktiviti dan kemampuan majikan untuk mengaji lebih, tambah Shamsuddin.

“Tahap produktiviti adalah bahagian penting kriteria dalam menentukan gaji minimum. (Kerana produktiviti) masih rendah di Sabah dan Sarawak, secara teknikalnya kita tidak boleh mempunyai kadar gaji yang sama dengan Semenanjung Malaysia,” katanya. – 28 Mei, 2018.

Berita penuh di sini.

Iklan
Iklan