Iklan

NGO Islam, penulis mahu kerajaan baharu batal pengharaman buku 

Asila JalilKamles Kumar6 years ago9th Jun 2018Berita
Faisal tehrani tmi 02
Faisal Tehrani berkata beliau akan membuat permohonan selepas isu pelantikan peguam negara reda.– Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 9 Jun, 2018.
Iklan

BEBERAPA orang pengarang dan NGO Islam menuntut kerajaan baharu Pakatan Harapan (PJ) mengkaji semula pengharaman yang dikenakan terhadap buku mereka oleh pentadbiran terdahulu.

Semua pengharaman ini dibuat oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN), yang terkenal dengan kecenderungan ke arah Islam konservatif.

Kebanyakan buku yang dikenakan pengharaman itu adalah karya oleh penulis seperti Faisal Tehrani serta buku terbitan The Islamic Renaissance Front (IRF) dan Sisters in Islam (SIS) yang mencabar tafsiran BN terhadap Islam dan penerapan undang-undang Syariah.

Penulis dan ahli akademik Faisal Tehrani berkata beliau akan membuat permohonan kepada kerajaan PH bagi membatalkan pengharaman tujuh buah bukunya. 

Bagaimanapun Faisal atau nama sebenarnya Faizal Musa berkata, beliau hanya akan membuat permohonan itu selepas isu pelantikan peguam negara reda. 

Faisal yang merupakan pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia berkata, kerajaan PH baru dibentuk dan perlu menyelesaikan banyak perkara.

“Saya ingin buat (batal pengharaman) tetapi saya rasa ia bukan perkara penting yang perlu dilakukan sekarang kerana PH baru sahaja tiga minggu membentuk kerajaan. 
 
“Mereka juga perlu melakukan banyak perkara penting terutamanya (berkaitan) 1MDB,” kata Faisal kepada The Malaysian Insight merujuk kepada skandal kewangan 1Malaysia Development Berhad.

“Saya akan bincangkan dengan peguam saya. Inilah rancangan saya,” katanya.

Tujuh buku hasil karya Faizal diharamkan oleh kerajaan pentadbiran Barisan Nasional sebelum ini. 

Yang terbaharu adalah pada 6 September apabila Kementerian Dalam Negeri mengharamkan bukuAKU _______, MAKA AKU ADA!  yang diterbitkan oleh Dubook Press Sdn Bhd.

Warta dalam pengharaman itu menyebut, buku itu “mungkin memudaratkan ketenteraman awam, kemungkinan untuk mengadukan pendapat umum, dan memudaratkan kepentingan awam”.

Buku lain yang diharamkan oleh KDN termasuk Sebongkah Batu di Kuala Berang, Karbala Tiga Kali Seminggu dan Ingin Jadi Nasrallah kerana ia didakwa mengandungi elemen Syiah. 

Pada Januari, Mahkamah Rayuan mengetepikan arahan pengharaman buku Faisal oleh KDN kerana ia bercanggah Seksyen 7 (1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984. – 9 Jun, 2018.

Artikel penuh di sini.

Iklan
Iklan