Acara buka puasa disertai penganut pelbagai agama disambut meriah
Iklan
KIRA-kira 100 orang hadir memeriahkan acara berbuka puasa yang disertai penganut agama berbeza di Petaling Jaya hari ini, sebuah majlis yang julung-julung kali diadakan di kawasan ini.
Sebahagian yang hadir adalah ahli gereja berdekatan masjid yang sebelum ini tidak pernah sekali pun menjejakkan kaki ke situ kerana menganggap ia kawasan larangan bagi bukan Islam.
Seorang pelajar, Stephanie Yong, 26 berkata dia tidak pernah memasuki mana-mana masjid sebelum ini ekoran bimbang dilarang namun kini mengakui acara itu membuka matanya tentang Islam.
Dia sebelum ini mempunyai pandangan yang orang masjid tidak mesra.
“Tetapi sebaliknya yang berlaku, mereka amat mengalu-alukan kehadiran kami.
“Mereka sangat peramah, mudah didekati, dan amat berminat untuk berkongsi,” katanya kepada The Malaysian Insight.
Stephanie berkata dia amat tertarik untuk mendekati masyarakat Islam negara ini dan sentiasa ingin mendalami mengenai agama itu.
“Perasaan luar biasa apabila melihat masjid. Ia cantik dan saya suka penjelasan di sebalik seni binanya,” tambahnya.
Acara yang berlangsung di Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz di Petaling Jaya itu dianjurkan Angkatan Beliau Islam Malaysia (Abim), Pusat Komunikasi Masyarakat (Komas), Community Action Network (CAN) dan Church of Assumption and Friendship Group of Inter-religious Service. – 4 Jun, 2018.
Berita penuh di sini.