Kembalikan semula Majlis Profesor Negara, kata wakil
Iklan
MAJLIS Profesor Negara (MPN) menggesa kerajaan untuk mengkaji semula keputusannya untuk membubarkan majlis itu.
Salah seorang wakilnya Prof Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata, MPN telah memberikan pandangan dan syor mengapa majlis itu perlu diwujudkan semula.
“Kami cadangkan kepada mereka untuk wujudkan semula MPN, itu yang kami katakan dan majlis akan pertimbangkannya,” katanya yang juga ketua politik, keselamatan dan hal ehwal antarabangsa kepada pemberita selepas mengadakan mesyuarat dengan Majlis Penasihat Kerajaan di Menara Ilham di Kuala Lumpur hari ini.
Katanya wakil MPN juga menjelaskan kepada majlis mengenai pendekatan dan program yang perlu diteruskan.
MPN, yang ditubuhkan pada 2010, merupakan salah satu agensi yang dibubarkan oleh kerajaan.
Agensi lain yang terlibat adalah Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) dan Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP)
Katanya, Jasa, MPN dan JPP ditubuhkan untuk kepentingan politik.– 7 Jun, 2018