Iklan

Piawaian hak asasi manusia Malaysia jatuh, kata aktivis

Gan Pei Ling6 years ago7th Jun 2018Berita
Comango tmi 02
Menurut Comango, Pelan Tindakan Hak Asasi Manusia Kebangsaan yang dilancarkan oleh bekas perdana menteri Najib Razak tiga bulan lalu tidak mengatasi masalah penyalahgunaan hak asasi manusia dan menjadi sebab utama kepada ketidaksamaan di negara ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 7 Jun, 2018.
Iklan

PIAWAIAN hak asasi manusia di Malaysia jatuh di bawah pemerintahan Barisan Nasional (BN), kata sebuah gabungan lebih daripada 50 NGO hak asasi manusia, Comango dalam laporan yang dikemukakan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). 

Comango berkata Pelan Tindakan Hak Asasi Manusia Kebangsaan (NHRAP) yang dilancarkan oleh bekas perdana menteri Najib Razak tiga bulan lalu tidak mengatasi masalah penyalahgunaan hak asasi manusia dan menjadi sebab utama kepada ketidaksamaan di negara ini.

“(NHRAP) menjejaskan usaha untuk melindungi hak Orang Asli termasuk wanita dan kanak-kanak perempuan di Malaysia,” kata gabungan itu dalam laporannya yang dilancarkan di Kuala Lumpur hari ini.

Antara pelanggaran lain semasa pemerintahan Najib Razak termasuk penahanan bekas pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah, pengharaman buku-buku oleh kumpulan Islam sederhana serta penyalahgunaan undang-undang seperti Akta Hasutan dan Akta Komunikasi dan Multimedia untuk menyekat suara pengkritik kerajaan.

Comango mengemukakan laporan itu kepada PBB pada Mac. Kerajaan akan mengemukakan laporannya sendiri pada 30 Jun.

Situasi hak asasi negara akan ditinjau semula oleh 192 negara dalam PBB pada November.

Malaysia mesti memberi maklum balas kepada cadangan negara-negara tersebut bagi memperbaiki piawaian hak asasi manusia negara ini pada April tahun depan.

Comango juga berkata Malaysia belum lagi mengesahkan kesemua sembilan perjanjian hak asasi manusia PBB dan protokol pilihan mereka.

Di bawah pemerintahan BN, Malaysia hanya mengessahkan tiga perjanjian hak asasi manusia antarabangsa mengenai wanita, kanak-kanak dan orang kurang upaya. – 7 Jun, 2018.

Berita penuh di sini

Iklan
Iklan