Beri lebih banyak kebebasan maklumat, kata ahli akademik
Iklan
WUJUD keperluan untuk lebih banyak kebebasan maklumat yang mengurangkan kerahsiaan dalam tadbir urus negara, jika negara tidak mahu mengikut cara kerja Barisan Nasional, kata Dr Azmi Sharom.
Profesor madya di Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya itu mengatakan perkara itu sangat mustahak kerana dengannya barulah akan wujud keseimbangan dalam kerajaan.
“Kita perlukan kebebasan Akta Maklumat dan kita perlu menilai kembali Akta Rahsia Rasmi.
“Hanya dengan itu kita aka nada pentadbiran yang telus,” katanya pada forum Importance of a Strong Opposition for a Vibrant Democracy hari ini.
Azmi mengatakan kuasa pentadbiran tidak boleh tertumpu kepada seorang pemimpin kerana ia boleh mewujudkan ketaksuban.
“Perdana menteri tidak unik. Dia tak dapat mandat berasingan kerana ia (mandat) datang dari Parlimen.
“Apa yang diperlukan adalah pemimpin dalam kesaksamaan bukannya seorang yang berada di atas berbanding yang lain,” katanya.
Azmi juga mengatakan Kabinet perlu memastikan mereka bekerjasama bagi mengubah naratif kenegaraan.
“Kita perlu PH (Pakatan Harapan) dan kita perlu mereka berjaya supaya mereka boleh ubah naratif negara.” – 9 Jun, 2018.