Iklan

Majlis Penasihat Kerajaan cari jalan turunkan harga ikan

Asila Jalil6 years ago12th Jun 2018Berita
Mohamed Razali Mohamed
Timbalan Presiden Persatuan Peladang Ikan Laut Malaysia Mohamed Razali Mohamed berkata kenaikan harga ikan disebabkan kekurangan bekalan yang tidak dapat memenuhi permintaan. – Gambar The Malaysian Insight, 12 Jun, 2018.
Iklan

KENAIKAN harga ikan mendapat perhatian Majlis Penasihat Kerajaan, yang kini mencari cara untuk mengatasinya.

Timbalan Presiden Persatuan Peladang Ikan Laut Malaysia Mohamed Razali Mohamed berkata berdasarkan pertanyaan yang dibangkitkan dalam mesyuarat itu, pihak majlis sedang mencari penyelesaian bagi mengurangkan harga “ikan rakyat”.

“Majlis sangat bimbang dengan kenaikan harga ikan dan makanan laut secara umum, dan pihak majlis mendapat maklum balas daripada peserta industri untuk melihat sebarang tindakan yang boleh diambil untuk mengurangkan beban rakyat, khususnya mengenai harga ikan dan makanan laut.

“Ia bimbang yang setiap tahun gaji diperoleh lebih banyak dihabiskan untuk makanan. Mereka sedang mencari jalan untuk mengurangkannya,” katanya kepada pemberita di luar Menara Ilham hari ini.

Beliau berkata kenaikan harga bergantung kepada jenis ikan tetapi beliau memberi contoh ikan kembung yang hanya RM5 sekilogram 10 tahun lalu tetapi meningkat kepada lebih RM12 sekilogram hari ini.

Razali berkata kenaikan harga disebabkan kekurangan bekalan yang tidak dapat memenuhi permintaan. Beliau berkata Malaysia mempunyai per kapita pengguna ikan keempat tertinggi di dunia. – 12 Jun, 2018.

Berita penuh di sini

Iklan
Iklan