Iklan

TPM wanita pertama negara kerja keras laksana tanggungjawab

Gan Pei Ling6 years ago14th Jun 2018Berita
Wan azizah wan ismail int 120618 tmiseth 07
Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail kini terus mara dalam melaksanakan pelbagai peranan politiknya termasuk sebagai menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 14 Jun, 2018.
Iklan

KETIKA penglibatan awal Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam bidang politik, beliau sering digambarkan sebagai seorang ahli politik yang berat hati. Pada masa-masa lain, beliau dilihat sebagai seorang isteri yang mudah mesra dan lama menderita kepada ahli politik yang dipenjarakan, Anwar Ibrahim.

Buang segala gambaran itu.

Hari ini, beliau adalah timbalan perdana menteri yang dilihat terus mara dalam menjalankan pelbagai peranan termasuk sebagai menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat.

Pakar mata ini memberitahu The Malaysian Insight beliau tidak perlu bekerja keras sejak menjadi doktor pelatih.

“Ini adalah era yang baru. Apa yang kita kritik kerajaan BN (Barisan Nasional), kini menjadi tanggungjawab kita untuk lebih baik.

“Kami kini adalah kerajaan. Kami perlu memenuhi semua janji dibuat, melaksanakannya kepada rakyat.”

Walaupun sering dibayangi oleh suaminya yang lebih berkarisma dalam acara-acara umum, di sebalik sikap Dr Wan Azizah yang tenang dan penuh sopan beliau mempunyai karektor yang kompetitif dan tidak mudah berputus asa.

Dua dekad lalu, ibu kepada enam anak ini terjerumus ke dalam kancah politik negara selepas Anwar dipecat sebagai timbalan perdana menteri dan dipenjara kerana kesalahan rasuah dan liwat.

Wan Azizah menubuhkan Parti Keadilan Nasional, yang kini PKR, yang mana beliau mengetuai daripada hanya lima kerusi Parlimen pada 1999 kepada sebuah parti dengan jumlah kerusi kedua terbesar di Parlimen hari ini dengan 49 kerusi.

Apa yang menjadi pendorong dan memberikannya motivasi pada peringkat awal karier politiknya?

Katanya, ia adalah keinginan untuk membawa perubahan sebenar kepada negara ini.

Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail ingin melihat isu berkaitan kanak-kanak dan wanita mendapat pembelaan sewajarnya. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 14 Jun, 2018.

“Secara individu, saya akan sentiasa melakukan yang terbaik. Saya sebahagian daripada proses untuk mengubah Malaysia menjadi lebih baik,” katanya di pejabatnya di Putrajaya.

“Lima tahun dari sekarang, saya ingin melihat kita berubah, dari kerajaan kleptokratik kepada negara yang berintegriti dan bermaruah.”

Ketika dinamakan sebagai timbalan perdana menteri, Dr Wan Azizah secara peribadi meminta portfolio wanita, keluarga dan masyarakat daripada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

“Orang fikir portfolio wanita dan kebajikan sebagai portfolio kedua atau ketiga. Saya mahukannya kerana saya fikir ia penting.

“Ia mengurus anda dari kecil hingga tua. Ia kementerian yang besar. Terdapat  banyak perkara yang boleh kita lakukan, memperbaiki dan mengoptimumkannya.”

Pada hari pertama bertugas pada 22 Mei, Wan Azizah berikrar untuk menyelesaikan masalah kanak-kanak kurang zat dari keluarga berpendapatan rendah, satu isu yang didedahkan dalam kajian Unicef ​​awal tahun ini.

Beliau berkata terdapat banyak yang harus dilakukan, dari segi polisi untuk memastikan kanka-kanak negara ini selamat, serta menangani ketidakseimbangan jantina di tempat kerja.

Beliau tidak terperanjat dengan kerja yang menanti walaupun mengakui selepas 20 tahun sebagai pemimpin pembangkang, beliau masih belum menyesuaikan diri dengan peranan barunya dalam kerajaan.

“Saya fikir kita akan ada Parlimen tergantung dan ia akan mengambil masa (untuk menyelesaikannya),” katanya mengenai kemenangan bersejarah Pakatan Harapan pada 9 Mei, yang menamatkan 61 tahun pemerintahan Barisan Nasional. – 14 Jun, 2018.

Berita penuh di sini

Iklan
Iklan