2 dana bawah SKMM akan diaudit, kata menteri
Iklan
DUA dana Suruhanjaya Komunikasi dan Multiedia akan diaudit berikutan bajet berlebihan.
Dana berkenaan – Dana Pemberian Perkhidmatan Sejagat (Dana USP) – memiliki RM800 juta dan RM8.5 bilion pada 31 Disember, 2016, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo di Putrajaya hari ini.
Menurut Gobind, penyata kewangan dana SKMM menunjukkan ia mempunyai RM800 juta dalam tabungnya pada 31 Disember, 2016, manakala dana USP mempunyai RM8.5 bilion pada tempoh fiskal yang sama.
Dana SKMM adalah bagi menjalankan kementerian yang mana dana SUP digunakan untuk “merapatkan jurang digital”, dengan menyediakan akses internet dan komunikasi di kawasan luar bandar menerusi projek infrastruktur.
“Tujuan audit ini adalah untuk mengesahkan akaun dan mengembangkan ketelusan berhubung penggunaan dana berkenaan pada masa lalu,” katanya selepas mesyuarat pasca-kabinet di kementeriannya.
Audit itu akan menunjukkan sebarang kekurangan dalam penggunaan dana jika ada, katanya.
Bagaimanapun, butiran audit seperti tempoh, pelaksanaan dan juruaudit akan diumumkan kemudian, kata Gobind.
“Saya harap SKMM akan dapat memberikan kerjasama penuh bagi melengkapkan audit secepat mungkin.
Dana SKMM yang ditubuhkan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Dana Pemberian Perkhidmatan Sejagat (Dana USP) yang ditubuhkan mengikut Peraturan-peraturan Komunikasi dan Multimedia (Pemberian Perkhidmatan Sejagat) 2002. – 20 Jun, 2018