Ambiga tak minat jawatan pengerusi SPR
Iklan
PEGUAM terkemuka, Ambiga Sreenevasan menegaskan beliau tidak berminat untuk menajdi pengerusi baharu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
“Tidak, tak mungkin,” itu jawapan Ambiga ketika ditemui di Menara Ilham hari ini. Beliau ditanya apakah yang difikirkannya mengenai cadangan Bersih untuk menyertakan nama beliau bersama calon lain.
Semalam, Bersih 2.0 berkata mereka akan mencadangkan beberapa nama termasuk Ambiga bagi jawatan pengerusi SPR baharu untuk dipertimbangkan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.
Pengerusi Bersih 2.0 Shahrul Aman Mohd Saari turut mencadangkan nama hakim-hakim bagi jawatan tersebut dan menegaskan pengerusi SPR yang baharu mesti bebas dari hubungan politik.
Ambiga merupakan ahli Jawatankuasa Pembaharuan Institusi (IRC) dan presiden Persatuan Hak Asasi Manusia Malaysia (Proham).
IRC ditubuhkan pada 15 Mei dan akan mengemukakan dapatan dan cadangannya kepada Majlis Penasihat Kerajaan yang kemudiannya akan menyerahkan laporan kepada Dr Mahathir. – 22 Jun, 2018.