Asyraf janji tiada lagi budaya elit dalam Umno
Iklan
KETUA Pemuda Umno baharu, Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata beliau akan menghapuskan budaya elit yang dibawa ahli dalam parti, seperti yang didakwa ramai.
Asyraf juga berkata setiap ahli perlu mendengar suara belia di negara ini.
“Paling penting, kita perlu hapuskan budaya elit. Apabila kita membuat lawatan ke semua 191 bahagian, tiada lagi yang menginap di hotel,” Asyraf memberitahu wartawan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.
Beliau juga berseloroh semua ahli akan menginap di rumah ketua-ketua bahagian semasa lawatan tersebut.
Apabila ditanya mengenai debat yang akan diadakan bagi jawatan tertinggi, Asyraf berkata perdebatan perlu digalakkan dalam parti.
“Saya amat setuju dan sangat menyukai debat ilmiah, jadi sebagai ketua Pemuda baharu, ia antara program yang kita mahu beri nafas baru.
“Kita perlu berani berdepan sesiapa saja apabila berdebat kerana kita tak boleh hanya bergerak dalam satu arah,” katanya, sambil menambah perdebatan membawa kesan positif.
Asyraf mengulas soalan mengenai pandangan beliau mengenai perdebatan terbuka yang akan diadakan antara Ahmad Zahid Hamidi, Khairy Jamaluddin dan Tengku Razaleigh Tengku Hamzah yang bersaing bagi merebut jawatan presiden. – 24 Jun, 2018.
Berita penuh di sini.