Putrajaya akan kaji semula kos program TVET
Iklan
KERAJAAN akan mengkaji semula kos yang diperuntukkan bagi pembaharuan program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).
Menteri Sumber Manusia M. Kulasegaran berkata lebih daripada RM4.5 bilion dibelanjakan setiap tahun untuk program berkenaan namun ia masih di bawah kemampuan.
“Kita mahu ada skala ekonomi. Perlu ada pulangan atas setiap perbelanjaan. Misalnya sekarang ia di bawah kemampuan, jadi kita mahu memansuhkannya,” beliau memberitahu wartawan di kementeriannya di Putrajaya selepas mengadakan mesyuarat bersama Ahli Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar dan wakil-wail dari NGO Gabungan Bertindak Malaysia.
Menurut beliau, antara faktor yang membuatkan pelajar tidak berminat dengan TVET adalah disebabkan tidak banyak peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
“Di Jerman, mereka (pelajar TVET) boleh menyambung ke peringkat Phd. Kita mahu memperkasakan TVET (di Malaysia) sehinggga ke tahap itu,” katanya.
Nurul Izzah berkata langkah pertama bagi pembaharuan program ini ialah dengan melibatkan pihak industri.
“Saya tak mahu orang takut atau rasa yang kita tak mendengar suara mereka atau kita lebih tahu.
“Kita mesti sedar yang kita perlu melibatkan diri dengan pihak industri,” kata Nurul Izzah sambil menambah beliau memerlukan tepoh dua bulan untuk proses penglibatan itu. – 25 Jun, 2018.
Berita penuh di sini.