Pemimpin Umno dianggap golongan elit, kata veteran parti
Iklan
PEMIMPIN Umno dilihat sebagai golongan elit dan cenderung menjauhkan diri daripada rakyat bawahan, kata veteran parti itu Tengku Razaleigh Tengku Hamzah.
Tengku Razaleigh, yang bertanding jawatan presiden parti berkata semua individu ini mula berubah apabila mereka naik ke jawatan tertentu.
“Bukan sahaja mereka mengubah cara berpakaian, tetapi juga mengubah cara bercakap dan berkelakuan terhadap orang yang mereka anggap sebagai penyokong atau pengikut mereka,” katanya dalam temu bual dengan stesen radio BFM hari ini.
Beliau juga membandingkan pemimpin Umno dengan PAS, yang pemimpinnya kata beliau kekal merendah rendah walaupun memegang jawatan tertinggi dalam parti itu.
“Dalam PAS, misalnya, orang-orang ini tidak berubah.
“Sekalipun mereka MB (menteri besar), mereka tetap berkelakuan dan berpakaian dengan gaya sebelumnya dan mudah bergaul dengan orang ramai.”
Tengku Razaleigh, juga dikenali sebagai Ku Li, berkata beliau sentiasa dapat dohubungi.
“Sebab itulah saya berada di kawasan pilihan raya saya sejak 1969 sehingga hari ini, kerana orang ramai boleh dengan mudah menghubungi saya,” kata ahli Parlimen Gua Musang itu.
Ketika ditanya mengenai ahli parti terhadap bekas perdana menteri Najib Razak, Tengku Razaleigh berkata mereka tidak mengatakan berkata apa-apa yang negatif mengenai Najib.
“Mereka masih bingung dengan semua tuduhan terhadap Najib kerana semuanya belum terbukti; ia kadang-kala dianggap sebagai tuduhan melulu,” katanya.
Beliau menambah rakyat luar bandar tidak memahami skandal yang melibatkan Najib dan 1Malaysia Devlopment Bhd.
Tengku Razaleigh berkata sesetengah mungkin mempercayai skandal itu dan ada sebaliknya.
“Saya ada membangkitkan perkara itu dengan pengundi saya, tetapi mereka tidak berminat terhadapnya.
“Mereka tidak menunjukkan minat terhadapnya. Kecuali mereka berpura-pura tidak berminat.” – 26 Jun, 2018.