Iklan

Kerajaan akan pastikan saingan sihat antara pemandu teksi, e-hailing, kata menteri

Gan Pei Ling6 years ago27th Jun 2018Berita
Anthony
Menteri Pengangkutan Anthony Loke bercakap pada sidang media selepas mesyuarat kabinet mingguan di Putrajaya hari ini.– Gambar The Malaysian Insight, 27 Jun, 2018
Iklan

KEMENTERIAN Pengangkutan akan memastikan persaingan sihat antara pemandu teksi dan e-hailing, kata menterinya Anthony Loke. 

Beliau turut menggesa pemandu teksi yang mengancam untuk mengadakan demontrasi jalanan agar bersabar dengan kerajaan baharu Pakatan Harapan.

“Kami faham masalah anda. Sebagai pembangkang, kami sering bertemu dengan persatuan pemandu teksi. 

“Tolong jangan mulakan bab baru ini dengan protes. Tolong bersabar. Berikan saya masa. Kami akan berlaku adil kepada semua,” katanya kepada pemberita pada sidang media selepas mesyuarat kabinet mingguan di Putrajaya.

Beliau berkata kerajaan Barisan Nasional sebelum ini telah menggubal undang-undang untuk pemandu e-hailing namun ia tidak dikuatkuasakan. 

“Kita tidak boleh halang e-hailing. Ia trend antarabangsa. Kita akan mengawal selia. Akan ada peraturan yang perlu dipatuhi pemandu e-hailing,” katanya. 

Katanya, pemandu e-hailling perlu mendaftar dengan kerajaan dan memdapatkan insurans seperti pemandu teksi, antara lainnya. 

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mempunyai masa hingga Julai untuk memberikan sebarang cadangan kepada Kementerian Pengangkutan, kata Loke. 

“Saya akan mengadakan pertemuan dengan mereka berhubung hala tuju teksi dan e-hailing petang ini,” – 27 Jun, 2018

Iklan
Iklan