Iklan

Hannah Yeoh...wanita dengan misi 

Asila Jalil6 years ago1st Jul 2018Berita
Hannah yeoh 20180626 tmihasnoor 004
Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh masih belum berhenti meneruskan tanggungjawabnya kepada rakyat sejak tempoh berkempen PRU14 lalu.– Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 1 Julai, 2018
Iklan

HANNAH Yeoh mempunyai kelebihan sebagai barisan ahli parlimen baharu. 

Beliau akan memperjuangkan untuk mengekalkan Taman Rimba Kiara, memberi pendidikan berkualiti kepada kanak-kanak dan mendedahkan data kerajaan terutamanya yang melibatkan kanak-kanak.

Selepas menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Subang Jaya selama sedekad dan speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, pemimpin berusia 39 tahun itu buat pertama kalinya akan memegang jawatan sebagai ahli Parlimen apabila sesi penggal baharu bermula pada 16 Julai.

Yeoh menewaskan bekas timbalan menteri wilayah persekutuan Loga Balan Jaganathan dari BN dan calon PAS Mohd Solleh Ab Razak untuk merampas kerusi Parlimen Segambut pada Pilihan Raya Umum ke 14.

Dan beliau masih belum berhenti bekerja sejak tempoh berkempen.

“Ini merupakan era baharu buat saya. Saya telah mengadakan pertemuan dengan penduduk dan semua pihak berkepentingan di Segambut,” kata ahli DAP itu kepada The Malaysian Insight.

“Semua isu utama mereka berkait dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Jalan raya yang lebih baik, taman yang diselenggara dan pembangunan berlebihan.”

Salah satu itu utama yang dibangkitkan adalah kelulusan pembangunan oleh pihak Dewan Bandaraya tanpa memikirkan keperluan rakyat.

Yeoh baru-baru ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap pemilik tanaha Yayasan Wilayah Persekutuan, yang dipengerusikan oleh bekas menteri wilayah persekutuan Tengku Adnan Tengku Mansor berhubung cadangan pembangunan kondominium di Taman Rimba Kiara.

Kualiti pendidikan kanak-kanak juga merupakan antara isu utama yang diperjuangkan Yeoh.

“Standard dan kualiti pendidikan perlu ditingkatkan dan juga kebajikan kanak-kanak.

“Kita perlu mula mmeberi perhatian kepada isu seperti pembuangan bayi, penderaan seksual, kanak-kanak terlibat dengan dadah. Kita melihat perkara ini berlaku di seluruh negara,” tambahnya.

Ibu kepada dua cahaya mata itu juga mahu melihat negara terus menjadi sebuah negara yang lebih telus.

“Maklumat dan data jumlah kanak-kanak yang tercicir dari persekolahan, jumlah kes disiplin, pembuangan bayi atau kes bunuh diri di Malaysia.

“Melainkan data dan maklumat ini didedahkan kepada umum, tiada siapa yang boleh membantu kerana mereka tidak tahu di mana dan bagaimana untuk mula.

“Kita mempunyai banyak sumber di negara ini dan organisasi amal, penduduk yang mahu membantu tetapi mereka tidak tahu di mana harus mula.

“Bila kamu tiada data ini, maka akan berlaku banyak sumber dibazirkan,” tegas Yeoh.

Justeru, beliau mahu melihat beberapa undang-undang digubal seperti Akta Rahsia Rasmi dan Akta Antiberita Tidak Benar.

Beliau akan membawa bersamanya, pengalaman sebagai bekas speaker Selangor, berurusan dengan jawatankuasa terpilih, yang katanya perlu lebih aktif dengan mesyuarat.

“Kita perlu libatkan badan bukan kerajaan. Kita perlu ada mekanisme di peringkat persekutuan untuk membanteras penyelewengan,” tambahnya. – 1 Julai, 2018

Iklan
Iklan