Iklan

Anak tiri Najib tiba di SPRM untuk bantu siasatan 1MDB

Muzliza Mustafa6 years ago3rd Jul 2018Berita
Riza aziz tmi 01
Riza Aziz tiba di ibu pejabat SPRM, Putrajaya hari ini bagi membantu berhubung siasatan skandal 1MDB. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 3 Julai, 2018.
Iklan

RIZA Aziz, anak tiri bekas perdana menteri Najib Razak tiba di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya pada jam 1.35 tengah hari bagi membantu siasatan berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pengeluar filem dan pengasas bersama sebuah syarikat produksi filem yang berpangkalan di Amerika Syarikat, Red Granite Pictures itu hanya tersenyum ketika tiba dan masuk ke bangunan SPRM bersama pasukan peguamnya di mana beliau dijangka memberi kenyataan pada pukul 2 petang.

Riza dikatakan kawan rapat kepada ahli perniagaan yang diburu Low Teik Jho dan didakwa menerima wang daripada firma pelaburan negara itu bagi membiayai filem Hollywood, Wolf of Wall Street. – 3 Julai, 2018.

Iklan
Iklan