Iklan

Petisyen pecat peguam negara baharu kumpul lebih 1,000 tandatangan

Asila Jalil6 years ago6th Jul 2018Berita
Pestisyen ag
'Sokong YDPA Pecat Tommy Thomas sebagai peguam negara' dimulakan oleh pengguna Facebook bernama Fyizuddin Jaafar.
Iklan

PETISYEN dalam talian lama bagi memecat Tommy Thomas sebagai peguam negara menerima lebih 1,000 tandatangan selepas dua hari ia dilancarkan.

“Sokong YDPA Pecat Tommy Thomas sebagai peguam negara” dimulakan oleh pengguna Facebook bernama Fyizuddin Jaafar.

Ia memperoleh 1,645 tandatangan pada jam 9.30 pagi hari ini.

The Malaysian Insight cuba menghubungi Fyizuddin.

Dalam keterangannya, Fyizuddin menulis dalam huruf besar yang seorang peguam negara harus fasih berbahasa Melayu untuk dilantik memegang jawatan itu.

“Ini memalukan negara dan rakyat Malaysia juga. Ini juga akan mencemar kemuliaan Yang di-Pertuan Agong.

“Kami menyokong Agong untuk menggantikan dan memecat peguam negara yang memalukan Malaysia. Usah lagi bergurau mengenai perkara yang serius ini,” katanya.

Petisyen itu bertujuan mendapatkan 2,500 tandatangan.

Pada Rabu, Thomas terpaksa menukar lokasi sidang akhbarnya di lobi Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur ke sebuah bilik di tingkat atas selepas diganggu oleh orang ramai, menuntut beliau bercakap dalam bahasa Melayu.

Thomas sepatutnya bercakap kepada pemberita selepas prosiding di Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Tinggi di mana bekas perdana menteri Najib Razak didakwa dengan tiga pertuduhan pecah amanah dan menyalahgunakan kedudukannya.

Penulis blog Umno, Wan Muhammad Azri Wan Deris yang juga dikenali sebagai Papagomo, melaung kepada Thomas agar bercakap dalam bahasa Melayu yang kemudian disokong ratusan penyokong Umno yang mengecam dan menuntut perkara sama kepada Thomas. – 6 Julai, 2018.

Iklan
Iklan