Iklan

Kerajaan akan mansuh BTN, kata Syed Saddiq

Gan Pei Ling6 years ago9th Jul 2018Berita
Syed saddiq tmikamal 01
Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahmad menangkis laporan media yang menyatakan bahawa program kontroversi Biro Tata Negara (BTN) tidak akan dimansuhkan.– Gambar fail The Malaysian Insight, 9 Julai, 2018.
Iklan

MENTERI Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahmad menangkis laporan media yang menyatakan bahawa program kontroversi Biro Tata Negara (BTN) tidak akan dimansuhkan.

“Ada media melaporkan yang BTN tidak akan dimansuhkan. Ia akan dimansuhkan. Pengumuman (mengenai pemansuhan) akan dibuat tidak lama lagi,” katanya dalam satu forum di Universiti Sunway, hari ini.

BTN dikritik kerana menyimpang daripada tujuan asalnya untuk mengalakkan perpaduan dalam kalangan rakyat dengan menyebarkan unsur perkauman dan provokasi.

BTN adalah antara 26 agensi kerajaan yang dikekalkan di bawah Jabatan Perdana Menteri dalam penstrukturan semula yang dilaksanakan pada 1 Julai.

Syed Saddiq berkata pengumuman pada 1 Julai telah disalah tafsir.

“Kami masih mahu menyediakan pendidikan politik dan pembinaan karakter tetapi kami tidak mahu ia digunakan sebagai peluang mengindoktrinasikan anak muda dengan dakyah politik partisan,” katanya.

Menteri termuda itu berkata beliau sendiri pernah menyertai sesi BTN yang menyebarkan mitos antara lain bahawa masa depan kaum Melayu kononnya akan gelap tanpa kehadiran Umno.– 9 Julai, 2018.   

Berita penuh di sini.

Iklan
Iklan