Iklan

Pilihan raya majlis tempatan perlu masa untuk dilaksanakan, kata menteri

Low Han Shaun6 years ago9th Jul 2018Berita
Iklan

MENTERI Wilayah Persekutuan Khalid Samad berkata kerajaan komited mengembalikan semula pilihan raya majlis tempatan, namun tidak memaklumkan mengenai tarikh ia akan dilaksanakan.

Khalid berkata proses untuk melaksanakan pilihan raya majlis tempatan mungkin memakan masa beberapa tahun, sambil menambah yang ia mungkin tidak akan diadakan sehingga pilihan raya umum seterusnya.

“Kami tidak dapat nak tilik (tarikh pelaksanaan). Mungkin ia akan ambil masa tiga atau lima tahun atau mungkin ia akan menjadi agenda untuk pilihan raya umum seterusnya, saya tidak tahu,” kata Khalid kepada pemberita pada sidang media di ibu pejabat DBKL, hari ini.– 9 Julai, 2018.

MENYUSUL

Iklan
Iklan