Iklan

LGBT perlu diberi ruang jadi rakyat produktif, kata adun 

Gan Pei Ling6 years ago9th Jul 2018Berita
March international women day 100318 tmihasnoor 03
Adun Selangor, Lim Yi Wei berkata golongan LGBT perlu disediakan ruang untuk menjadi rakyat yang produktif. – Gambar fail The Malaysian Insight, 9 Julai, 2018.
Iklan

AHLI Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor, Lim Yi Wei menyatakan sokongan beliau kepada golongan i Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) diberi hak untuk mendapat hidup yang lebih baik pada forum awam petang tadi, beberapa jam selepas Numan Afifi meletak jawatan sebagai pegawai akhbar sementara Menteri Belia dan Sukan syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

“Kita perlu tanya diri kita sendiri - adakah kita mahu menjebakkan mereka ke dalam kerja-kerja haram kerana tidak mahu memberi mereka pekerjaan?

“Ada antara kalian yang mempunyai kepercayaan agama. Kita amat hormati tentang itu. Tetapi, adakah kita menganggap LGBT sebagai rakyat Malaysia, sebagai manusia seperti kita?

“Jika anda kata ya, maka kita perlu sediakan ruang untuk mereka menjadi rakyat yang produktif,” kata Lim yang kemudiannya menerima tepukan gemuruh dari 400 hadirin di auditorium Universiti Sunway petang tadi.

Beliau menjawab soalan dari hadirin mengenai pendirian Pakatan Harapan (PH) mengenai pembulian atas talian yang membawa kepada peletakan jawatan Numan.

Syed Saddiq juga berada di forum itu sebagai ahli panel.

Menteri Belia dan Sukan itu menjawab hampir kesemua soalan yang dilontarkan kepadanya namun tidak menjawab mengenai peletakan Nufam.

Awal pagi tadi, menerusi Twitter, Syed Saddiq menerima peletakan jawatan Numan.

Pengguna media sosial menyelar Syed Saddiq kerana gagal mempertahankan Numan yang dibuli kerana menjadi aktivis LGBT. – 9 Julai, 2018.

Berita penuh di sini.

Iklan
Iklan