Iklan

Orang muda dahagakan perubahan, kunci kemenangan Pakatan, kata Syed Saddiq

Gan Pei Ling6 years ago9th Jul 2018Berita
Syed saddiq bersatu tmikamal 02
Sokongan besar pengundi muda di kerusi marginal membantu Pakatan Harapan (PH) menewaskan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kata Ketua Pemuda Bersatu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.– Gambar fail The Malaysian Insight, 9 Julai, 2018.
Iklan

SOKONGAN besar pengundi muda di kerusi marginal membantu Pakatan Harapan (PH) menewaskan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kata Ketua Pemuda Bersatu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Memetik antaranya Muar, Johor Bahru, Tititwangsa dan Setiawangsa sebagai contoh, beliau berkata PH menang di kerusi marginal tersebut berikutan jumlah besar pengundi muda berumur bawah 40 tahun yang berdaftar di kawasan itu.

“Di Pagoh, (presiden Bersatu) Tan Sri Muhyiddin (Yassin) kalah di saluran 1-3, tetapi menang dengan majoriti yang besar di saluran 4-6, iaitu saluran orang muda.  

“Di Johor Bahru, semua undi di saluran orang muda pergi kepada PH kecuali tiga (kawasan pengundian).

“Di Muar, semua undi di saluran orang muda pergi kepada PH kecuali dua (kawasan pengundian).

“Ini menunjukkan yang pengundi muda mahukan perubahan,” kata Syed Saddiq pada satu forum di Universiti Sunway, hari ini.

Di Kelantan, Terengganu dan sebahagian Kedah, bagaimanapun, pengundi muda masih setia mengundi PAS, kata Syed Saddiq.

“Ia terbalik. PAS menang saluran orang muda. Kami hilang depositi di banyak kawasan.

“Orang muda di Lembah Klang mengeluarkan belanja untuk pulang mengundi PAS. Malah nama besar iaitu anak didik (bekas mursyidul am Pas), (Allahyarham) Tok Guru (Nik Abdul Aziz Nik Mat) Husam Musa kalah teruk.

“Di Kedah, kita kalah di kawasan seperti Pendang kerana undi orang muda,” kata Syed Saddiq.– 9 Julai, 2018.

Berita penuh di sini.

Iklan
Iklan