Iklan

Bekas wartawan ceburi politik untuk perjuang kebebasan media

Gan Pei Ling6 years ago12th Jul 2018Berita
Iklan

DENGAN darah kewartawanan yang mengalir dalam tubuhnya, ahli Parlimen kali pertama Wong Shu Qi menetapkan matlamatnya untuk memperjuangkan kebebasan bersuara dalam industri media tempatan.

Tidak sampai beberapa minggu memenangi kawasan Parlimen Kluang, Wong bertemu dengan Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo untuk membincangkan pembaharuan media yang kerajaan Pakatan Harapan (PH) mesti bermula dalam tempoh lima tahun akan datang.

“Ada begitu banyak yang boleh dilakukan!” kata setiausaha publisiti DAP Johor ketika ditemui di sebuah kafe di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Sebelum Wong menyertai politik pada 2011 dan memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri Senai pada 2013 serta pernah bekerja sebagai wartawan bagi portal berita Merdeka Review selama tiga tahun.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14, Wong menewaskan bekas timbalan menteri Gan Ping Sieu daripada MCA dengan undian 23,053 undian untuk memenangi Kluang, membuka pintu kepadanya menjadi ahli Parlimen persekutuan bagi penggal pertama.

Dengan latar belakang medianya, Wong mengatakan beliau sedar bagaimana kawalan terhadap media tempatan sebelum pilihan raya, seperti Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (PPPA) bagi media cetak, dan Akta Komunikasi dan Multimedia (CMA) untuk media dalam talian.

Kedua-dua undang-undang itu, kata Wong, bukan sahaja menindas, tetapi “ketinggalan zaman”.

“Dengan atau tanpa PPPA, anda tidak boleh mengawal media lagi,” katanya. – 12 Julai, 2018.

Berita penuh di sini.

Iklan
Iklan