Iklan

Kes projek panel solar, SPRM tahan bekas pembantu Rosmah

Low Han Shaun6 years ago13th Jul 2018Berita
Sprm stock pix 12042017 tmikamal ariffin 01 (7)
Individu berkenaan ditahan pada hari Isnin selepas dipanggil ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya untuk memberi keterangan.– Gambar fail The Malaysian Insight, 13 Julai, 2018
Iklan

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan seorang bekas pembantu kepada isteri Najib Razak ditahan berhubung siasatan ke atas projek pemasangan panel solar di sekolah negeri Sarawak.

Pengarah SPRM Simi Abdul Ghani ketika dihubungi The Malaysian Insight mengesahkan penahanan lelaki berusia 44 tahun itu.

Katanya, individu berkenaan ditahan pada hari Isnin selepas dipanggil ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya untuk memberi keterangan.

Laporan sebelum ini menyebut, seorang bekas pemimpin negara menandatangani projek bernilai RM1.25 bilion untuk pemasangan solar panel melibatkan 369 sekolah di Sarawak.

Laporan media pada 11 Julai lalu menyebut, kerajaan pimpinan Barisan Nasional waktu itu menganugerahkan projek berkenaan kepada sebuah syarikat sewa kereta yang berpangkalan di Bintulu.

SPRM menahan tiga individu termasuk seorang pengarah syarikat untuk membantu siasatan.– 13 Julai, 2018

Iklan
Iklan