Iklan

Pasca 9 Mei tuntut rakyat terus berpadu, kata pakar ekonomi

Gan Pei Ling6 years ago13th Jul 2018Berita
Woo wing thye tmikamal 02
Kepimpinan politik ada kesungguhan mengubah Malaysia dan perjalanan sukar ini hanya boleh dilakukan dengan perpaduan rakyat, kata Profesor Woo Wing Thye. – Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 13 Julai, 2018.
Iklan

RAKYAT Malaysia perlu bersatu ketika kepimpinan politik negara mula mengharungi perjalanan sukar untuk mengubah negara, kata pakar ekonomi Profesor Woo Wing Thye.

“Kita patut berasa sangat bangga kerana kita saksikan perpaduan rakyat Malaysia pada 9 Mei.

“Kita sekarang ada kepimpinan politik yang bersedia mengubah serakan manfaat dan kepentingan yang sudah berakar umbi.

“Jika ekonomi Malaysia bagus, dihormarti di rantau, kita boleh menggerakkan rantau ini,” kata profesor ekonomi di University of California, Davis itu ketika kuliah umum mengenai kemelut perdagangan China dan Amerika Syarikat tengahari tadi di Kuala Lumpur.

Beliau menjawab seorang salah seorang daripada sejumlah 50 orang hadirin yang hadir tentang bagaimana Malaysia boleh terus kekal tidak berpihak dan mengelak daripada menjadi proksi kuasa besar dunia.

“Perpecahan dalaman (negara) perlu diminimumkan. Apabila kita berpecah dalam negara, kita akan jadi proksi.

“Saya sangat percaya yang trend positif yang muncul (sejak 9 Mei) terus berkembang, peluang untuk kita digunakan (sebagai proksi) telah berkurangan,” katanya. – 13 Julai, 2018.


 

Iklan
Iklan