Iklan

18 tahun cukup matang untuk mengundi, kata pemimpin Pakatan 

Gan Pei Ling6 years ago14th Jul 2018Berita
Michelle ng tmi 008
Adun Subang Jaya Michelle Ng berkata, mereka yang berusia 18 tahun sudah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap jenayah yang mereka lakukan atau kontrak yang mereka tandatangani, jadi mereka layak mengundi.– Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 14 Julai, 2018
Iklan

SEKIRANYA masyarakat kita menerima umur 8 tahun sebagai cukup matang untuk menjadi dewasa, maka mereka juga perlu dibenarkan mengundi, kata ahli Parlimen Pakatan Harapan.

“Terdapat pengiktirafan undang-undang dan tanggungjawab sivil yang masyarakat kita (sudah) terikat pada usia 18 tahun.

“Sekiranya kamu melakukan jenayah, hukuman undang-undang penuh dikenakan ke atas kamu. Jika kamu menandatangani kontrak, kamu tidak boleh lagi memberi alasan kamu tidak tahu apa yang kamu tandatangan. 

“Kalau kamu ikut ini (logik), jadi mereka juga perlu dibenarkan (mengundi),” kata Ahli Dewan Undangan Negeri Subang Jaya Michelle Ng pada datu forum awam yang diadakan di Universiti Malaya hari ini. 

Ng berkata, kajian apathy politik dari Jepun menunjukkan apabila usia mengundi diturunkan kepada 18, golongan remaja ini akan mempengaruhi ibu bapa mereka untuk mengundi. 

Ketua Pemuda PH yang juga ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata tidak masuk akal untuk masyarakat membenarkan mereka berusia 18 tahun ke atas untuk berkahwin, bekerja, menyertai tentera, memandu dan sebagainya namun tidak membenarkan mereka untuk mengundi.

“Berlaku putus hubungan di situ,” katanya kepada kira-kira 80 peserta belia yang hadir.

“Sesetengah orang mengatakan usia 18 masih belum bersedia tetapi saya juga boleh berhujah bahawa ada yang berumur 50 tahun tapi masih belum bersedia,” kata bekas exco Selangor itu. 

Katanya, sudah tiba masanya Malaysia mengemaskini semula undang-undangnya. 

“Apabila kita tetapkan usia mengundi 21 tahun pada 1957, itu adalah norma pada banyak negara, termasuk negara Komanwel.   

“Masa sudah berubah,” kata Nik Nazmi. 

Forum berkenaan adalah anjuran bersama Undi 18 dan Demokrat UM. 

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mencadangkan usia mengundi diturunkan kepada 18 tahun bulan lalu.

Ahl Parlimen PH yang lain dan pengguna media sosial berkata tindakan itu perlu disertakan dengan pendidikan politik dan sivik. 

Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, beliau menyasarkan perkara itu dibuat pada pilihan raya akan datang. – 14 Julai, 2018

Iklan
Iklan