Iklan

Liew Chin Tong akan dilantik timbalan menteri pertahanan 

Asila JalilKamles Kumar6 years ago17th Jul 2018Berita
Senator dewan negara tmikamal 06
Senator Liew Chin Tong dijangka akan mengangkat sumpah di Istana Negara petang ini.– Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 17 Julai, 2018
Iklan

SENATOR Liew Chin Tong yang baru mengangkat sumpah akan dilantik sebagai timbalan menteri pertahanan. 

Ahli Parlimen DAP itu dijangka akan mengangkat sumpah di Istana Negara pada jam 5 petang hari ini. 

“Ya, saya akan ke istana,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas majlis angkat sumpah di Parlimen. 

“Terima kasih semua. Terima kasih atas pelantikan yang dicadangkan oleh perdana menteri dan ahli DAP,” kata Liew. 

Tambahnya, beliau akan melakukan yang terbaik untuk negara.

Beliau yang juga pengerusi DAP Johor merupakan bekas ahli Parlimen Kluang yang bertanding di kerusi Parlimen Ayer Hitam menentang presiden MCA Dr Wee Ka Siong pada PRU14 namun tewas dengan 303 undi. 

Beliau merupakan salah seorang daripada senator yang mengangkat sumpah sebagai ahli Dewan Negara yang didominasi oleh ahli Barisan Nasional.

“Dewan Negara masih dikuasai Barisan Nasional dengan majoriti. Kita masuk sebagai minoriti, ia juga amat enting,” kata Liew berhubung tugas baharunya. 

Terdahulu, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata jawatan yang tinggal dalam kabinet akan diisi oleh senator, meningkatkan jumlah menteri kepada 29 orang. 

Ketika ini, terdapat 27 orang menteri dan 23 timbalan menteri. – 17 Julai, 2018

Iklan
Iklan