Iklan

Aktivis dakwa polis lambat bertindak kes lelaki kahwin budak 11 tahun

Asila Jalil6 years ago21st Jul 2018Berita
Gua musang child bride 20180704 tmihasnoor 018
Aktivis kanak-kanak mempersoal polis yang didakwa lambat bertindak dalam kes perkahwinan bawah umur membabitkan budak 11 tahun dan lelaki berusia 41 tahun di Kelantan.– Gambar fail The Malaysian Insight, 21 Julai, 2018.
Iklan

AKTIVIS kanak-kanak mempersoal polis yang didakwa lambat bertindak dalam kes perkahwinan bawah umur membabitkan budak 11 tahun dan lelaki berusia 41 tahun di Kelantan.

Menulis di Twitter, Hartini Zainuddin mempersoal apa tindakan yang telah diambil polis sejak merakam keterangannya.

Hartini turut mempersoal mengapa tiada tindakan diambil mengikut Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Hartini yang juga pengasas bersama Yayasan Chow Kit, sudah membuat laporan polis pada 2 Julai dan keterangannya direkodkan pada Ahad.

Dalam laporan polisnya, Hartini menggesa polis menyiasat lelaki itu mengikut Seksyen 12,13 dan 16 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Beliau turut menggesa polis agar menyiasat ibu bapa budak perempuan itu mengikut Akta Kanak-Kanak 2001 kerana mengabaikan anaknya.

Beliau turut menggesa ketua polis negara agar mempercepatkan proses siasatan.

Lelaki itu berkahwin dengan budak berkenaan dalam satu majlis di Thailand pada 18 Jun lalu tanpa persetujuan isteri pertama dan kedua.

Budak itu dan ibu bapanya mendakwa perkahwinan itu atas persetujuan bersama.

Mahkamah Syariah Kelantan pada 9 Julai mendenda lelaki tersebut sebanyak RM1,800 kerana berkahwin dan berpoligami tanpa kebenaran.– 21 Julai, 2018.

Iklan
Iklan