Iklan

Najib nafi mahu isytihar darurat pada 9 Mei

Asila Jalil6 years ago26th Jul 2018Berita
Najib razak tmikamal 01
Najib Razak hari ini menafikan dakwaan yang beliau merancang untuk mengisytiharkan darurat dan mengekalkan kuasa selepas Barisan Nasional (BN) tewas pada pilihan raya 9 Mei.– Gambar fail The Malaysian Insight, 26 Julai, 2018.
Iklan

NAJIB Razak hari ini menafikan dakwaan yang beliau merancang untuk mengisytiharkan darurat dan mengekalkan kuasa selepas Barisan Nasional (BN) tewas pada pilihan raya 9 Mei.

Bekas perdana menteri berkata dakwaan itu tidak benar dan peralihan kuasa berlaku secara aman.

“Sebelum ini telah timbul tuduhan dan fitnah kononnya saya pada ketika itu sebagai perdana menteri bercadang untuk mencetuskan huru-hara dan mengisytiharkan darurat kerana kononnya saya takut kehilangan kuasa. 

“Apa yang dituduh itu tidak berasas sama sekali dan saya boleh beritahu kepada dewan yang mulia ini, kalau rujuk kepada panglima Angkatan Tentera Malaysia pada ketika itu dan Ketua Polis Negara dan semua anggota MKN, tidak ada panggilan mesyuarat khas MKN pada malam 9 Mei sama sekali,” katanya ketika sesi perbahasan titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat, hari ini.

Ahli Parlimen Pekan itu turut menegaskan yang beliau berpegang kepada prinsip demokrasi dan mematuhi kedaulatan undang-undang.

Semasa sesi perbahasan, Najib turut menyentuh mengenai cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang lebih dirasai oleh golongan kaya berbanding miskin.

Beliau berkata pelaksanaan itu berdasarkan perbelanjaan individu.– 26 Julai, 2018.

Berita penuh di sini.

Iklan
Iklan