Iklan

Guna Tabung Harapan biaya MyBrain15, kata ketua Pemuda Umno 

Asila Jalil6 years ago31st Jul 2018Berita
Umno youth 090718 tmiseth 03
Ketua Pemuda Umno Dr Asyraf Wajdi Dusuki hutang negara tidak akan dapat dibayar sepenuhnya.– Gambar fail The Malaysian Insight, 31 Julai, 2018
Iklan

KERAJAAN perlu menyalurkan wang yang didermakan ke Tabung Harapan kepada program MyBrain15 untuk pelajar pascasiswazah, kata Ketua Pemuda Umno Dr Asyraf Wajdi Dusuki. 

Dalam siaran langsung bersama Utusan Online hari ini, Asyraf berkata kerajaan sepatutnya menggunakan derma itu untuk membiayai MyBrain15, daripada menggunakannya untuk membayar hutang negara. 

Katanya, semua negara mempunyai hutang yang meningkat. 

“Daripada menggunakan Tabung Harapan untuk bayar hutang, yang mana ia tidak boleh dibayar sepenuhnya kerana mana-mana negara akan memiliki hutang meningkat, adalah lebih baik menggunakan sebahagian daripadanya untuk generasi akan datang. 

“Berikan ia (Tabung Harapan) kepada MyBrain sekiranya mereka tiada dana. Adalah lebih baik untuk melabur RM90 juta kepada MyBrain daripada gunakan untuk bayar hutang,” katanya hari ini.

Asyraf berkata bajet RM90 juta diperuntukkan kepada program berkenaan diluluskan oleh pentadbiran di bawah Najib Razak sebelum ini. 

Katanya, kemungkinan kerajaan baharu tidak biasa dengan sistem perbendaharaan negara, dan bajet itu hanya diluluskan sekiranya terdapat dana untuk projek. 

“Mungkin ia tidak sampai kepada kementerian (pendidikan). Itu sebabnya ia perlu memohon daripada Kementerian Kewangan, melainkan Kementerian Kewangan tiada dana. 

“Tetapi saya yakin ia mempunyai dana, kerana kerajaan sebelum ini meluluskannya,” katanya. 

Setakat 25 Julai, Tabung Harapan mengutip RM161,896,353.60. Kutipan tabung berkenaan akan berakhir pada 31 Ogos. 

Semalam, Menteri Pendidikan Maszlee Malik berkata kos bagi program itu lebih tinggi daripada yang dijanjikan oleh kerajaan sebelum ini. 

Menurutnya, program itu akan menelan kos sebanyak RM612 juta berbanding RM90 juta yang dinyatakan oleh pentadbiran Barisan Nasional. 

Maszlee sebelum ini turut dikecam selepas beliau berkata program itu ditangguhkan berikutan peruntukan tidak sampai kepada Kementerian Pendidikan. 

Beliau kemudiannya berkata, kenyataannya disalahertikan, dan menambah RM612 juta terlebih dahulu perlu diluluskan kerana “implikasi kewangan yang tinggi.”

Berhubung janji 100 hari Pakatan Harapan, Asyraf berkata tindakan kerajaan PH menjanjikan “bulan dan bintang” adalah bahaya dan hanya untuk meraih sokongan rakyat. 

“Sebagai kerajaan, mereka sepatutnya memikirkan kebimbangan rakyat, kerana kebimbangan ini sudah ditemukan. 

“Terdapat banyak kenyataan dibuat oleh individu dalam PH, Jika bukan dalam kerajaan, ia menyebabkan kebimbangan rakyat.”

PH berjanji dalam manifestonya untuk memenuhi janji 100 hari selepas mendapat kemenangan. 

Antara janji yang dibuat adalah memansuhkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), memansuhkan hutang peneroka Felda, dan memperkenalkan caruman KWSP untuk suri rumah. – 31 Julai, 2018

Iklan
Iklan