Iklan

Khairy mahu pengundi Sungai Kandis hukum Pakatan kerana gagal tunai janji

Gan Pei Ling6 years ago3rd Aug 2018Berita
Barisan nasional youth briged gempur 2314 launch 03
Khairy Jamaluddin (tengah) menggesa pengundi Sungai Kandis memilih calon BN untuk menambah bilangan wakil pembangkang di Selangor. – Gambar fail The Malaysian Insight, 3 Ogos, 2018.018.
Iklan

KHAIRY Jamaluddin mahu pengundi Sungai Kandis memberi pengajaran kepada Pakatan Harapan (PH) kerana tidak dapat memenuhi janji 100 hari yang dibuat.

Bekas ketua Pemuda Umno itu berkata pengundi di seluruh negara, termasuk Sungai Kandis, terpengaruh dengan janji manis PH.

“Ia menjanjika kehidupan yang lebih baik, kos sara hidup yang rendah, perkhidmatan percuma, harga bahan api, makanan dan barang yang rendah, yang mereka boleh tunaikan dalam 100 hari.

“Berapa banyak hari lagi tinggal? Adakah anda berasa lebih baik? Adakah kos sara hidup turun? Adakah harga barang turun? Adakah tol dihapuskan? Adakah harga bahan api turun dan PTPTN (hutang) dihapuskan?” kata Khairy kepada kira-kira 300 orang yang hadir di Taman Sri Andalas malam tadi.

Ahli Parlimen Rembau itu berkata PH tidak boleh menyalahkan hutang negara kerana gagal memenuhi janji pilihan raya.

“(Anda) perlu menuntut agar mereka memenuhi janji mereka dengan mengundi Lokman Adam,” katanya.

Beliau berkata dengan hanya empat wakil rakyat Umno dan seorang wakil PAS dalam Dewan Undangan Negeri Selangor, Lokman akan menjadi suara pembangkang yang kuat di dalam Dewan.

“(Dari Sungai Kandis), ke Balakong dan Seri Setia, kita mesti meningkatkan jumlah wakil pembangkang di Selangor,” kata Khairy.

Selepas kematian tiga wakil rakyat PH, gabungan itu kini mempunyai 48 kerusi di Selangor.

Adun Sungai Kandis, Mat Shuhaimi Shafiei (PKR) dan Adun Seri Setia Prof Dr Shaharuddin Badaruddin (PKR) meninggal dunia akibat kanser manakala Adun Balakong Ng Tien Chee (DAP) terbunuh dalam kemalangan kereta pada 20 Julai lalu. – 3 Ogos, 2018.

Iklan
Iklan