Iklan

Filem inspirasi PRU14 'Rise: Ini Kalilah' bakal ditayang September

Asila Jalil6 years ago3rd Aug 2018Berita
Iklan

SEBUAH filem tempatan yang diinspirasikan daripada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan ditayang pada bulan depan bersempena sambutan Hari Malaysia.

‘Rise: Ini Kali Lah’ berkisar tentang enam cerita berkaitan menjelang pilihan raya umum pada 9 Mei itu.

Treler filem itu dilancarkan semalam dan video selama 2 minit itu mempunyai babak dalam bahasa Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Mandarin dan Tamil.

Filem yang  menampilkan pelakon berbilang kaum termasuk Remy Ishak, Mira Filzah dan Jack Tan itu diarahkan oleh Saw Teong Hin, Nik Amir Mustapha dan Prem Nath.

Berdasarkan penerangan di laman YouTubenya, WebTVAsia, ‘Rise: Ini Kali Lah’ hanya mengambil masa tiga bulan untuk dihasilkan.

Saw berkata, ini disebabkan oleh komitmen penuh semua pihak yang terlibat dengan filem tersebut.

“Penerbit, pengarah dan seluruh pasukan produksi sangat komited untuk menghasilkan filem ini dari segi menulis skrip, menguji bakat pelakon dan mencari lokasi.

“Semuanya secara serentak ... semua orang melakukan tugas mereka untuk untuk megnhasilkannya,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Salah satu cerita dalam filem itu mengisahkan mengenai seorang pelajar yang tinggal di London dan ditugaskan untuk menhantar undi pos walaupun masa yang terhad.

Ia mengisahkan kisah benar mengenai rakyat Malaysia di luar negara yang menghantar wakil balik ke Malaysia untuk menyerahkan undi pos dan bagaimana mereka berlumba dengan masa disebabkan kertas undi diterima hanya beberapa hari sebelum hari mengundi.

Apabila ditanya apakah industri filem tempatan juga akan bertambah baik dengan ‘Malaysia baru’, Saw berkata sesiapa saja boleh berharap.

“Harapan adalah pemacu kepada perubahan. Ia terus menjadi daya untuk semua kebaikan,” katanya.

“Rise: Ini Kalilah” akan ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 13 September. – 3 Ogos, 2018.

Iklan
Iklan