BN ucap ‘tahniah’ kerajaan Pakatan tukar pendirian cukai pelancongan
Iklan
AHLI Parlimen Beluran Roland Kiandee mendakwa kerajaan baharu Pakatan Harapan mengubah pendirian mereka tentang cukai pelancongan.
Soalan sama ada kerajaan akan menyemak semula cukai yang dilaksanakan kerajaan BN pada 1 September tahun lepas ditanyakan Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) ketika sesi soal jawab menteri d Dewam Rakyat hari ini.
Timbalan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Muhammad Bakhtiar Wan Chik berkata kerajaan sudah menyemak semula cukai tersebut dan mendapati di beberapa negara seperti Amerika Syarikat, Jepun dan Indonesia wujud kemajuan positif dalam industri pelancongan negara tersebut apabila cukai pelancongan dilaksanakan.
“Cukai itu hanya dikenakan ke atas pelancong asing dan tidak membebankan pelancong tempatan.
“Kadar RM10 bersamaan dengan AS$2.50 atau 2.10 Euro untuk semalam dan ia adalah kadar minimum yang tidak membebankan pelancong,” kata Bakhtiar menambah yang kerajaan tidak pernah menerima aduan pelancong asing.
Bakhtiar juga mendedahkan RM146 juta dikutip daripada September 2017 hingga Jun 2018 berdasarkan rekod Jabatan Kastam.
Kiandee daripada Umno kemudian meminta soalan tambahan, mula-mula mengulas pendirian kerajaan dan sama ada kerajaan bercadang meningkatkan kadar itu untuk memberi lebih banyak dana kepada negeri.
“Berdasarkan jawapan timbalan menteri, saya boleh nampak pendirian kerajaan swmasa untuk tidak menyemak cukai walaupun ketika dahulu (sebagai pembangkang) mereka tidak bersetuju dengannya.
“Tahniah kerana ada perubahan (dalam pendirian kerajaan) menuju hala tuju yang lebih baik kepada industri pelancongan,” kata bekas timbalan speaker itu sambil tersenyum membuatkan ahli pembangkang yang lain gelak. – 6 Ogos, 2018.