Iklan

Speaker beri amaran ahli Parlimen guna bahasa kesat

Asila Jalil6 years ago6th Aug 2018Berita
Mohamad ariff md yusof speaker 160718 tmiseth 01
Speaker Dewan Rakyat Mohamad Ariff Md Yusof menegur ahli Parlimen yang menggunakan kata-kata kesat kerana ia tidak memberi manfaat kepada persidangan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 6 Ogos, 2018.
Iklan

KATA-KATA kesat bertalu-talu dikeluarkan di dalamDewan Rakyat hari ini yang menyebabkan Speaker Ariff Yusof bertindak tegas dan memberi amaran kepada ahli Parlimen agar berkelakuan baik atau menerima tindakan diarahkan keluar.

Ini susulan lawan mulut antara Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Ong Kian Ming dan Hamzah Zainuddin (BN-Larut) mengenai pelaburan langsung asing di negara ini.

R.S.N Rayer (PH-Jelutong) kemudian menyebut perkataan “kepala bapak” ketika meminta satu soalan tambahan yang berkaitan dengan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) semasa sesi soal menteri.

“Ini akan menjadi hal jika saya menggunakan kata-kata ‘kepala bapak’,” katanya, merujuk kepada insiden minggu lalu apabila Timbalan Speaker Nga Kor Ming mengarahkannya menarik balik istilah yang sama dan memohon maaf.

Ini mencetuskan kemarahan anggota Parlimen pembangkang, dengan Hamzah mendesak speaker mengarahkan Rayer menarik balik kenyataan itu, dengan mengatakan ia bertentangan dengan Aturan Tetap.

“Memandangkan YB Larut tersinggung dengan istilah kepala bapak kamu, saya akan menariknya balik,” kata Rayer.

Bagaimanapun, Abdul Rahman Mohamad (BN-Lipis) menggunakan kata-kata tidak sepatutnya apabila mikrofonnya dimatikan tetapi masih didengari oleh Ariff.

“Saya dengar itu. Ia benar-benar kasar. Tarik balik atau saya perlu meminta anda meninggalkan Dewan,” kata Ariff kepada Rahman.

“Jangan gunakan kata-kata tak senonoh di Dewan yang mulia. Apa yang dikatakan lebih teruk daripada kepala bapak,” kata Ariff, sambil menambahkan bahasa kesat seperti itu tidak memberi manfaat kepada Dewan Rakyat.
Rahman kemudian menarik balik kenyataannya, dengan mengatakan beliau melakukannya untuk memberi pengajaran kepada Rayer.

Hamzah kemudian mendesak Ariff agar menyuruh Rayer tidak menggunakan istilah “kepala bapak” lagi.

Rayer bersetuju untuk berbuat demikian sekiranya tiada sesiapa yang mengganggu ketika bertanya soalan tambahan. – 6 Ogos, 2018.

Iklan
Iklan