Iklan

Zahid tetap pertahan Najib

Najib razak kl high court 080818 tmiseth 06
Bekas perdana menteri Najib Razak digambarkan sebagai "beban" oleh pemimpin parti itu. – Gambar fail The Malaysian Insight, 9 Ogos, 2018
Iklan

PRESIDEN Umno Zahid Hamidi masih tetap mempertahankan bekas Perdana Menteri Najib Razak walaupun pemimpin tertinggi parti itu mula menyerangnya.

Zahid berkata, pemimpin Umno tidak seharusnya menggunakan media menyatakan rasa tidak puas hati mereka, merujuk kepada kritikan oleh Setiausaha Agung Umno Annuar Musa dan Ketua Bahagian Umno Titiwwangsa, Johari Abdul.

“Soal bagasi atau perkara-perkara yang lain kita belum dapat keputusan daripada mahkamah, dalam perlembagaan dan peraturan Umno selagi seseorang itu belum didapati bersalah maka peraturan menentukan jawatan itu masih dikekal di peringat yang dipilih ertinya beliau adalah sebagai ketua umno bahagian Pekan dan pada waktu yang sama masih lagi kekal sebagai ahli Parlimen Pekan. 

“Dalam keadaan itu saya fikir masalah dalaman jika tidak bersetuju atau berbeza pendapat sekali pun kita tidak harus menggunakan media apatah lagi melalui surat terbuka atau pendapat-pendapat yang sedemikian,” katanya, ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen, hari ini

Annuar sebelum ini memberitahu The Malaysian Insight bahawa parti itu menggambarkan beliau sebagai “beban” yang perlu parti singkirkan bagi membolehkan ia mendapat semula sokongan.

Kenyataan itu semalam dibuat beberapa jam selepas Najib berdepan tiga tuduhan pengubahan wang haram yang berkait dengan RM42 juta dari bekas anak syarikat 1MDB ke akaun peribadinya. 

Pada 4 Julai, Najib didakwa dengan tiga pertuduhan pecah amanah dan satu pertuduhan menyalahgunakan kedudukannya. Kesemua tujuh oendakwaan itu satakt ini membabitkan SRC International Bhd, iaitu anak syarikat kepada 1Malaysia Development Berhad. 

Terdahulu, Johari berkata Najib tidak sepatutnya dibenarkan berkempen untuk Barisan Nasional pada pilihan raya kecil akan datang. 

Beliau mempersoalkan tindakan Umno yang membenarkan Najib berkempen untuk calonnya pada pilihan raya kecil Sungai Kandis baru-baru ini, yang dimenangi oleh PKR dengan hampir 6,000 undi. – 9 Ogos, 2018

Iklan
Iklan